Khamis, 20 Mei 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA.

  

*LELAKI *

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala *dosa

*gadis bujang ditanggung oleh bapanya. *

*Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak *

*perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. *

*BERATKAN? *

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan

sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya

terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya

perlu taat kepada suaminya. *Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya

kalau *

*buat tak** **baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? *

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun

begitu isteri boleh membantu. *Haram bagi** **suami bertanya pendapatan

isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. *

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung

dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih

panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya

dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah

kira-kiranya.

*WANITA : *

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari

suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

*Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. *

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada

pada lelaki.

*Pernahkah kita lihat sebaliknya?? *

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat

yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar

bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi *lelaki wajib taat kepada ibunya 3

kali *

*lebih utama dari bapanya *. *Bukankah ibu  adalah seorang wanita *?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik

peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala *lelaki *

*menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan *

*anak-anak. *

*Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap

*saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di

*mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). *

Di akhirat kelak, *seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 *

*wanita **:   *

*1. ibunya *,

*2. isterinya *,

*3.anak perempuannya *,   dan

*4. saudara perempuannya. *

Manakala *seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya **ditanggung **oleh

*org lelaki ini *:

*1. suaminya, *

*2. ayahnya,   *

*3. anak lelakinya dan *

*4. saudara lelakinya *.

*Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga *

*yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja *:

*1. sembahyang 5 waktu *

*2. puasa di bulan Ramadhan *

*3.  taat  suaminya dan *

*4. menjaga kehormatannya *.

*Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat *

*akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut *

*menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa *

*perlu mengangkat senjata. *

*MasyaALLAH.. ..sayangnya ALLAH pada wanita .... *

*Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang *

*lelaki *, *tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa *

*disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi *

*pemimpin.... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita *

*sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang *

*mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA... *

*"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu *

*berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu *

*bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan

*segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-

Imran:103) *

*Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah

dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya

menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan

alasan untuk membela diri " *

*Hikmah sujud - *

*Sujud lega sistem pernafasan *

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah

yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu

pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan

itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika

bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.

dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir

dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan

mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

 Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat

asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan

   lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan

   sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara

automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan

oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke

   otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan

sebagainya.

D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di

hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur

dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran

darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan

otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality

seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang

tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan

darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

*Tujuh kalimat *

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan

Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

*1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. *

*2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. *

*3.. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut *

*4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. *

*5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak *

*     **disukai dan tak diingini. *

*6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima

*     **musibah. *

*7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam *

*     **sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,

mudah-mudahan ingat, *

*     **walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu

mudah-mudahan *

*     **jadi bisa, karena sudah biasa *

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

*AMIN. *

*Surah Al-Munaafiquun *:

*Ayat : 9 **  *

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai

(lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah

(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka

mereka orang yang rugi.

  *Ayat : 11 *

Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai

ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan *JANGAN TINGGAL/LALAI

BERSOLAT * , ia adalah WAJIB   :

Barangsiapa meninggalkan *solat Maghrib *, dosanya seperti berzina dengan

ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang

perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan *solat Isya' *, maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya..

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.

Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan *solat Subuh *akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di

dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang

dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan

kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan *solat Zohor *diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau

begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan

untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan *solat Asar *sama dosanya dengan membunuh 1000

orang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan