Melayu itu Islam , Islam itu Melayu
Penghargaan :
Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad
Junaidin bin Haji Che Din
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi,
Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah
memulakan gerakan memburu dan
menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
berada di bumi Iran ketika itu. Golongan
Sunni adalah dari kalangan suku kaum
Kurdis (Kalahar) .
Oleh kerana keadaan amat terdesak,
golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa
berhijrah secara besar-besaran ke
Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh
dan New Zealand. Sebahagian daripada
mereka juga telah tiba di Nusantara dan
membuka penempatan baru di Kedah yang
juga dinamakan mereka sebagai Kalahar
(sempena mengambil nama suku kaum Kurdis
Sunni) yang pada masa itu baru sahaja
menerima kesan serangan Raja Rajendra
Chola (Lihat Nota 1).
(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan
tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan
Hindi di Pantai Koromandel bernama
Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas
hati dengan penguasaan Sri Vijaya di
Nusantara. Baginda telah menghantar
ratusan kapal perang untuk memusnahkan
Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah)
Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu
Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi
duta Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar
Zulkarnain - Macedonia)(Lihat Nota 2)
untuk membawa Putera Raja Rom bagi
mengahwini Puteri Maharaja China.
Baginda berasal dari Gumarun (Lihat Nota
2), Parsi dan pernah ditewaskan oleh
angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah
Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang
pada suatu masa adalah sebahagian dari
Empayar Rom Timur yang telah lama
menerima agama Islam dari zaman Khulafa
Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali
sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa
ini telah diserang oleh satu angkatan
perang Hindu yang mempunyai kapal
berlambangkan burung garuda (lambang
kenderaan Dewa Wisnu).
Serangan yang begitu kuat ini telah
memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa
mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak
lama kemudian baginda telah diangkat
menjadi raja oleh penduduk tempatan
sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.
Baginda juga telah mengahwini seorang
gadis Orang Laut dari suku gergasi
kerana ingin menggalakkan perkahwinan
campuran di samping memperbesarkan lagi
keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah
memperkenalkan nobat di istana baginda
(Lihat Nota 3) mengambil sempena
bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun
Ar-Rashid di Baghdad.
(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota
Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke
timur Gunung Jerai berhampiran
persimpangan jalan perdagangan Kalaha
dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan
mendirikan sebuah lagi istana di timur
Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok
iaitu tapak permulaan jalan menuju ke
Langkasuka dan Pantai Timur.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani
(Pengasas Silat Abjad) telah
menceritakan kepada murid-muridnya
bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh
Ahmad bin Tuan Syeikh Ja'far Qumairy
(atau Syeikh (Sayyid) Abdullah
Al-Qumairy atau Syekh Abdullah
Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman.
Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan
Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan
murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia
Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin
Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir
Jilani Qadasallah Sirruh.
Pada suatu hari, Syeikh Abdullah
Al-Qumairy telah menerima arahan dari
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah)
dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti
Nusantara bersama-sama 11 orang
rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan
lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul
Qadir Jilani yang terkenal) telah
dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir,
Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan,
Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke
Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke
Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke
India, Afghanistan dan Nepal
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah
mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah
Al-Qumairy telah menggunakan jalan
karamah di mana dia berjalan sekelip
mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah
dengan izin Allah SWT bersama-sama 11
orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di
Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah
(1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah
mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra
Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di
Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana
sedang mengadakan satu majlis keramaian
yang mempamerkan pertunjukan seni
mempertahankan diri yang berpaksikan
pemujaan dewata, sihir, istidraj dan
lain-lain.
(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi
menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan
rakan-rakannya telah mempamerkan satu
kehebatan seni mempertahankan diri
(silat) sehingga semua
hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong
terpaksa mengaku kalah dan akur dengan
kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang
ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta
ingin mengetahui secara lanjut mengenai
rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar
penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya
baginda sangat terpegun dan terus
memeluk Islam dengan mengucap dua
kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para
pembesar dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
memasyhurkan gelaran dan nama baru
kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu
Sultan Muzaffar Shah 1.
Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah
juga telah memeluk agama Islam.
Pengislaman secara massal ini berlaku
dalam tempoh yang begitu cepat dengan
berkat usaha yang jujur dan ikhlas
seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah
Al-Qumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri daripada
pelbagai kelompok yang berasal daripada
Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China)
(Lihat Nota 5) dan lain-lain yang mana
mereka kebanyakannya telah lama memeluk
Islam di negara asal masing-masing.
Mereka juga terkenal dengan kemahiran
berdagang. Umat Islam dari China juga
rata-rata memakai nama pangkal 'Pu'
iaitu Abu.
(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari
Arab, Iran dan lain-lain berkumpul
pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina
Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar
Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang
ahli rombongan untuk mengembangkan
dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri
China pada tahun 651 menunjukkan bahawa
mereka telah menerima utusan dari Han
Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam
kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti
Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar
Arab dan Iran di Kanton telah diserang
dan dibunuh beramai-ramai oleh
sekumpulan pemberontak anti kerajaan
China. Inilah penyebabkan sebahagian
dari mereka menjadi pelarian dan tiba di
Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah
memutuskan untuk terus tinggal
bersama-sama umat Islam di Kedah dan
menjadi satu warga atau bangsa yang baru
di negeri Islam di bawah bimbingan
(Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan
payung pemerintahan (Umara) Sultan
Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan
Ulama-Umara)
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
menamakan gagasan bangsa yang baru
sebagai 'Al-Mala-u' (Lihat Nota 6)
bersempena satu kalimah Arab yang
bermaksud '(berkembang-biak) memenuhi
ruang' kerana cepatnya berkembang
pengaruh agama Islam di Kalaha.
Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan
sebutan berbilang bangsa ini telah
menerbitkan perkataan "Melayu" seperti
yang dikenali hari ini.
(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak
tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga
Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab -
Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi
(husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni
makna kepada agama sebagaimana satu
Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi
ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan
bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin
kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal
iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala
Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi
Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan
titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi
ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin
menerima agama Islam dari Seruan Nabi
Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga
Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut
kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN
PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –
Sekira-kiranya pewaris asabah kepada
satu bangsa beragama) (menyamai dengan
zaman kegemilangan Islam lampau) atau
ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti
Mulia dan Nurnya Meliputi Alam
(Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1
memperkenalkan kepada mata dunia bahawa
ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah
bertaubat nasuha bersama-sama semua
pembesar Istana dan para hulubalangnya
termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di
bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri Kalaha juga telah
ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy
kepada nama Kedah Darul Aman iaitu
sebuah negeri yang aman dan merdeka dari
segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan
keengkaran. Penamaan ini juga bersempena
"Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur"
yang dipetik dari Firman Allah S.W.T.
dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud
"Negeri yang baik (indah lagi makmur)
dan Tuhan Maha Pengampun" (ke atas
taubat hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi
Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga
baginda telah melantik Syeikh Abdullah
Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat
agama Islam baginda, kaum kerabat diraja
dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar
Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh
Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda
angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah
menyarankan agar candi di puncak Gunung
Jerai dimusnahkan dan diganti dengan
sebuah menara untuk dijadikan tempat
azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk
bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah
menitahkan agar permintaan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.
Setelah binaan menara tersebut hampir
siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
jatuh gering dan ditakdirkan wafat
beberapa hari selepas itu. Sebelum
kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy
telah mewasiatkan agar jenazahnya
dikebumikan di kawasan lapang berdekatan
dengan binaan menara berkenaan. Kawasan
itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.
Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi,
Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
(wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi)
pernah tiba beberapa kali di Gunung
Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,
Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah
bersolat di kawasan tanah lapang
berkenaan di samping melantik Sultan
Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada
Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Pasted from <http://blogs.myspace.com/sarif78>