Jumaat, 7 Ogos 2015

Pengorbanan

Kenapa disebut tentang jasa,,
kalau diniatkan sebagai pengorbanan,,
kenapa harus berkira - kira
pada yang kita telah korbankan

Kejayaan

Kejayaan Itu Umpama Mengecap Rasa Manis Dalam Tawarnya Air

Sabtu, 25 Julai 2015

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

ciffahmimalomuchacha.blogspot.com | 

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Isnin, 21 Oktober 2013

Towards Better Journey...: Malaikat Tukar Syif Waktu Solat Subuh dan Asar..

Towards Better Journey...: Malaikat Tukar Syif Waktu Solat Subuh dan Asar..: Basically..inilah waktu solat yang kita tinggalkan apabila kita leka,...akan rongaklah solat 5 waktu kita... Azam kita pada kali ini......

Rabu, 16 Mac 2011

4 Isteri Kita

4 isteri, jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Wallahualam

Pasted from

Selasa, 1 Februari 2011

Kaitan Antara Melayu Kelantan Dan Jawa:

Maharaja Imbang Jaya atau Sambugita yang meninggal tahun 1233 Masihi, iaitu mempunyai 3 orang putera yang bernama;

1. Maharaja Surendra - Raja Suran, Raja Jawaka (1233–1253M)

2. Sri Trimurti Sang Sapurba – Raja Palembang, Sumatera, indonesia,

3. Ken Arok – Raja Singasari, Jawa.

Maharaja Surendra atau Maharaja Suran pula yang menjadi Raja Jawaka setelah kematian bapanya pada tahun 1233 M sehingga baginda juga meninggal tahun 1353 M, mempunyai seorang putera bernama Raja Tilam, Maharaja Malayur, yang meneruskan pemerintahan ayahandanya sehingga baginda juga meninggal tahun 1335 M. Raja Tilam pula mempunyai seorang putera bernama Raja Sakranta, di mana bagindalah yang mewarisi takhta datuknya, Raja Suran yang meninggal tahun 1253 sebagai Raja Jawaka sehingga baginda meninggal tahun 1267 M. Raja Sakranta mempunyai 6 orang anak, 2 putera dan 4 puteri:

1 Raja Bharubhasa yang menjadi raja dengan gelaran Sultan Mahmud

Jiddah Ri`ayath Sa`adatu`s-Salam, iaitu Raja Langkasuka dan

Kelantan.

2 Raja Singadhiraja yang menjadi raja Lankasuka menggantikan saudara

tuanya Raja Bharubhasa yang meninggal tahun 1345M, iaitu dengan

gelaran Sultan Sulaiman Shah.

Sementara 4 puteri Raja Sakranta ialah:

3 Putri Chandana berkahwin dengan Maliku ‘z-Zahir, Raja Samudra

4 Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang berkawin dengan Raja Jaya singha

Varman, Raja Champa

5 Che Siti Wan Kembang (Raden Galuh Gemeranchang), Raja Kelantan

Selatan 1318 – 1348M, dan

6 Putri Linang Cahaya, berkahwin dengan Sayyid Husayn Jamadi’l-

Kubra (?).

Manakala Raja Bharubhasa, Raja Lankasuka dan Kelantan yang dilantik sebagai Raja Chermin, telah dilantik menjadi Raja Lankasuka sewaktu kematian datuknya Raja Sakranta yang meninggal tahun 1335M dan setelah menganut lslam baginda dikenali dengan Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Ri’ayath Sa’adatu’s-Salam yang sekaligus pula menja di Raja Kelantan pada tahun 1345M, iaitu sehinggalah baginda meninggal tahun 1362M. Baginda mempunyai 4 orang anak, 3 putera dan seorang puteri, iaitu

1 Maharaja Kumara Radin Mas Ariya di Gunung [Radin Mas Pamari]

yang menjadi Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum

Sultan Mahmud, Raja Chermin,

2 Paduka Sri Sultan Muhammad Tahir ibn al-Marhum Sultan

Mahmud, Raja Ligor, iaitu yang meninggal tahun 1651M, adalah induk

kepada keluarga diraja Patani, dan

3 Paduka Sri Sultan Ibrahim ibnki al-Marhum Sultan Mahmud,

iaitu di katakan Sultan Kedah. Manakala yang puterinya ialah

4 Putri Sa’adung II (Devi Nareswari) yang berkahwin dengan Paduka Sri

Sultan Zainal ‘Abidin Shah, Raja Champa.
4 Putri Sa’adung II (Devi Nareswari) yang berkahwin dengan Paduka Sri

Sultan Zainal ‘Abidin Shah, Raja Champa.

Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Jiddah, Raja Kelantan, putera sulong Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Ria’ayath Sa’datu’s-Salam, Raja Lanka suka dan Kelantan, telah dilantik sebagai Raja Tanjungpura dan Chermin semasa hayat ayahandanya, bahkan menjadi Raja Kelantan setelah baginda meninggal pada tahun 1362M. Paduka Sri Sultan Baki Shah sendiri yang meninggal pada tahun 1418M, memperolehi 3 orang anak, 2 putera dan seorang puteri:

1 Paduka Sri Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri ibni al- Marhum Sultan Baki Shah, Raja Kelantan

2 Raja Kemas Jiwa Sang Ajit Jaya Ningrat, raja Nenggiri yang dikenali sebagai Paduka Sri Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Baki Shah, Raja Kelantan, dan seorang lagi yang puteri ialah

3 Puteri Selindung Bulan, berkahwin dengan Sayyid Husayn Jama di’l-Kubra [Rat navamsa {Pandita Parnen}, di mana daripada merekalah iaitu khasnya dari zuriat Sayyid `Ali Nuru`l-`Alam ibn Sayyid Husayn Jamadi`l-Kubra bermulanya raja-raja dan ulama-ulama di Nusantara dan sekitarnya yang berketurunan ‘sayyid’ dari ke turunan Nabi Muhammad Salla’l-Lah ‘alayhi wa Alihi wa Sallam, khasnya dari zuriat Imam Ja`afar a`s-Sodiq `alayhi`s-salam, iaitu yang dikatakan induk atau moyang kepada Long Gaffar dan Sheikh Daud al-Fatani, yang pertama pengasas wangsa raja-raja Kelantan dari zuriatnya, dan yang akhir seorang ulama tersohor Patani di abad silam.
Puteri Selindung Bulan yang bersuamikan Sayyid Husayn Jamadi’l-Kubra itu memper olihi 2 orang putera:

1 Sayyid ‘Ali Nuru’l-‘Alam ibn Sayyid Husayn Jamadi’l-Kub- ra, baginda sebagai Perdana Menteri Kelantan atau Pateh Ariya Gajah Mada bagi pihak Empayar Majapahit tahun 1432 – 1467M. Seorang lagi putera mereka ialah,

2 Sayyid Muhammad Kebungsuan ibn Sayyid Husayn Jamadi`l-Kubra, Prabhu Anum/Udaya ning-Rat/Bhra Wijaya, iaitu moyang kepada raja-raja Demak, Pajang, Mataram, Jawa.

Manakala Sayyid ‘Ali Nuru’l-Alam, Pateh Ariya Gajah Mada mempunyai 3 orang putera ialah;

1 Wan Husayn bin ‘Ali Nuru’l-Alam, Sri Amara Wangsa [Tok Masjid], Pateh Majapahit

2 Sultan Maulana Sharif Abu ‘Abdi’l-Lah Mahmud ‘Umdatu’d-Din [Syaikh Israel Yakub] {Wan Bo Tri Tri } atau Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Is- ra’il ( Shaghir, H.W.M, ‘Abdullah, 1990: 10 -11), Raja Champa 1471 – 1478M. Baginda berkahwin dengan Sharifa Mudain, Ratu Mas Rara Santang, puteri Radin Pamanasara Prabhu Si lawangi, Pajajaran, Banten di Jawa, dan dengan isterinya Nyai Sabanglarang, puteri Ki Gedeng Tapa, baginda memperolihi zuriat:

1 Ahmad Fatahi’l-Lah [ Syarif Hidayatu’l-Lah] bin Sultan Abu ‘Abdi’l-Lah, iaitu moyang kepada keluarga diraja Banten, Cheri bon dan Palembang, dan

2 Wan ‘Abu’l-Muzaffar Waliyu’l-Lah bin Sultan Abu ‘Abdi ’l -Lah, berzuriatkan,
2 Wan ‘Abu’l-Muzaffar Waliyu’l-Lah bin Sultan Abu ‘Abdi ’l -Lah, berzuriatkan,

a) Dato’ Nik Jamal’ud-Din bin Wan Abu’l-Muzaffar, Timbalan Raja Champa, juga bergelar Datu’ Kelantan, dan b) Dato` Nik Mustafa, Jambu, Jering, Patani. Menurut suatu riwayat, Raja Patani pernah melantik gabenornya memerintah Kelantan yang berpusat di Pengkalan Datu. Di antara datu-datu yang memerintah Kelantan bagi pihak Patani termasuklah Datu Jamalu’d-Din (1547M ), iaitu abang kepada Dato` Nik Mus tafa yang memerintah Jambu, Patani (H.W.M Shaghir, 1990: 9). Dato` Nik Mustafa yang memerintah Jering, Patani dikatakan mengajak saudaranya Dato` Nik Jamalu’d-Din menyerang orang-orang Yuwun (Annam) untuk membalas dendam. Mereka berjaya menguasai bandar Phan Rang dan sekaligus Dato` Mustafa menjadi Raja Champa, iaitu dengan gelaran Sultan ‘Abdu’l-Hamid (1577 – 1637M). Di Champa, baginda dikenali sebagai ‘Po Rome’ dan di kalangan masyarakat Cam dan Kelantan den gan gelaran, ‘Ong Tpoua’ (H.W.M. 1990: 10 dan Warisan Kelantan).

Dato` Nik Jamalu’d-Din bin Wan Abu’l-Muzaffar mempunyai 2 orang putera:

i Raja Loyor, menjadi raja Kelantan dengan gelaran` Paduka Seri Sultan ‘Adilu’d-Din bin Jama lu ’d-Din,dan

ii Raja Ekok yang juga menjadi raja Kelantan dengan gelaran Paduka Seri Sultan Samiru’d-Din bin Jamalu’d-Din..

Putera Wan ‘Abu’l-Muzaffar yang lain,

b) Dato’ Nik Mustafa yang menjadi Paduka Seri Sultan ‘Abdu’l-Hamid Shah bin Wan ‘Abu’l-Muzaffar, Raja Seri Sarwasadesa dan Champa pada tahun 1578 – 1637M, pula mempunyai 3 orang putera iaitu;

a Datu’ Nik Ibrahim yang bergelar Raja Ibrahim bin Sultan ‘Abdu’l- Hamid Shah, Datu Kelantan 1634 – 1637M dan menjadi Raja Champa 1637 – 1684M.

Putera-putera Dato` Nik Mustafa bin Wan Abu`l-Muzaffar yang lain ialah:

b Nik Badru`s-Salam dan

c Dato` Nik `Ali yang bergelar Datu’ Maharaja Lela, Penglima Agung Tentera Patani. Beliau,menurut Haji Wan Muhammad Shaghir (HWM, Shaghir, 1990: 10) juga bergelar ‘Tok Koda Bonang’, telah merantau ke Sulawesi Selatan dan setelah beberapa lama berada di sana, ia pulang ke Patani sewaktu pemerintahan Raja Ungu (1624–1635M). Nik ‘Ali ini yang dikatakan menggantikan Faqih Ali al-Malabari yang terbunuh dalam Perang Patani – Siam tahun 1634M. Faqih ‘Ali al-Malabari bergelar Temenggong Sri Paduka’ dan Nik ‘Ali pula bergelar ‘Datuk Sri Maharajalela’
Manakala Nik Badru’s-Salam, Pembangun Keluarga Diraja Singgora (Thailand) juga mempunyai 3 orang putera:

i Wan Muhammad Amin bin Nik Badru’s-Salam [Po Jata muh] Raja Champa 1684M.

ii Wan Daim bin Nik Badru’s-Salam, Raja Champa 1684–1692M dahulunya, sebagai Dato’ Jambu, Patani, mempunyai 3 orang putera:

a) Tuan Sulong [Dato` Pasir], Dato` Kelantan Barat 1698 – 1713M, juga mempunyai zuriat:

i) Long Muhammad bin Tuan Sulong, Raja Kelantan Barat 1717-1757M, dan

ii) Long Pandak bin Tuan Sulong, Sultan Long Pandak bin Tuan Sulong, Raja Kelantan, iaitu yang dikata kan juga empunyai putera bernama Long Muhammad yang menjadi sultan Kelantan ber gekar ‘Sultan Long Muhammad’.

Seorang lagi putera Wan/Raja Daim ialah,

b) Tuan Besar Long Bahar, Paduka Seri Sultan Long Bahar ibni al-marhum Raja Daim, Raja Kelantan dan Patani, dan saudaranya yang lain ialah

c) Tuan Long Nik bin Raja Daim [Senik Getting], Datu Pujud, Reman, Patani. Baginda pula mempunyai 5 orang anak, 4 putera dan seorang puteri:

i) Long Nuh, Datu Pujud menjadi Raja Nuh bin Datu Pujud Long Nik, Raja Patani, Thailand,

ii) Long Man bin Datu Pujud Long Nik,

iii) Long Deraman (Raja Abdu’r-Rahman) bin Tuan Long Nik Raja Ligor, Patani,

iv) Long Ja’afar bin Datu Pujud Long Nik,Tengku Seri Maharaja Perdana Mentri, 1763M (Chief Minister of Kelantan, 1763M) Baginda meninggal pada tahun 1794 (?), memperolehi seorang putera (?) iaitu Engku Limbat, Engku Seri Maharaja Perdana Menteri (m. 1851M). Seorang lagi anak Tuan Long Nik yang perempuan, ialah

v) Tengku Tengah, berkahwin dengan Paduka Seri Sultan Long Muhammad bin al-Mar hum Sultan Long Pandak, Raja Kelantan (m. 1763M).

Putera Sayyid ‘Ali Nuru’l-Alam yang lain,

3 Wan Demali ‘Alimu’d-Din bin Nu’l-‘Alam, Pateh Karmawijaya Majapahit dan Laksamana Benta.
Kelantan dan Jawa bagi orang zaman moden ini, dua budaya ini nampak terlalu asing untuk ada kaitan antara satu sama lain. Seperti tidak pernah berketemu antara satu sama lain.

Namun sejarah yang dilupakan akan dibongkar kembali. Dahulu Kelantan dan Jawa mempunyai hubungan yang amat rapat. Sebelum pergi dengan lebih lanjut atau sebelum dikatakan merapu, sila kaji beberapa fakta:

1) Keris kebesaran Sultan Kelantan bernama Keris Majapahit.

2) Sebut wayang kulit, maka orang tahu ianya daripada Kelantan, dan juga

Jawa.

3) Orang Kelantan sangat suka pakai kain batik Jawa. Sehingga

zaman tahun 60an, orang lelaki Kelantan menggunakan kain

batik Jawa sebagai semutar di atas kepala dan diikat pada

pinggang. Inilah trade mark orang Kelantan. Kain batik Jawa

merupakan pakan harian yang wajib.

4) Ada banyak perkataan Jawa yang difahami oleh orang

Kelantan, tetapi tidak Difahami oleh orang Kuala Lumpur.

5) Orang Kelantan mungkin tidak pernah bertemu orang Jawa

pada tahun 1960an-70an, tetapi mereka secara lisan dan

tradisi amat anti orangJawa

Kelantan purba dikenali dengan gelaran Jawa Kotti yang bermaksud ‘TITIK JAWA’. Pada zaman yang paling awal dalam tahun Masehi, pusat penyebaran budaya Melayu dan Jawa berpusat di Kelantan. Ini kerana zaman dahulu kala Kelantan dikenali orang sebagai Jawa Kotti ( Jawa Point). Kalau menurut dalam “Ikhtisar Sejarah Kelantan” oleh Abdul Razak Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2, muka surat 7 & 8, negeri Kelantan dikatakan bernama “Medang Kamulan”. Dalam History Of Java oleh Stamford Raffles muka surat 74, pada lebih kurang tahun 600 Masehi seorang lelaki bernama Aji Saka dari negara asing ( quote: Aji Saka from a foreign country) datang ke Jawa dan memerintah. Menurutnya Aji Saka dari Medang Kamulan.
” The controversy over the true location of Sri Wijaya arises because of the fact that after the death of Maharaja Sri Jayanaga around 692, during the mission to capture Jawa Island, Sri Wijaya seems to have been divided into two states. The eldest son Maharaja Dipang ruled over Amdan Negara, that is, the Malay Isthmus, probably Kelantan/Kedah. The second son, Maharaja Dhiraja, ruled the islands (Sumatera and other islands of the Indonesian archipelago), based at Palembang. After the division into east and west, the name of Sri Wijaya remained in Sumatera, but on the Malay peninsula, a poetic title emerged for the Kelantan/Kedah area, namely, Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land). This title is still found in traditional performing arts such as Mak Yong dance, Wayang Kulit puppet theatre, etc. By 730 the capital of Sri Wijaya in Sumatera moved from Palembang, known as Langkapura, to Kota Mutajap near the river mouth of Jambi in Sumatera.

It is reasonable to speculate that some elements of the Sri Wijayan culture originated in Sumatera, but later spread to other parts of South East Asia from Kelantan/Kedah. Yawakoti meaning Jawa Point, is situated at Bukit Panau hill along the upper Kelantan river near Pergau; some believe this place to be from which Jawanese politics and culture spread out. Jawa Duipa, an ancient name for Kelantan means Tanah Jawa (“land owned by the Jawanese”), or Kawasan Jawa (“Jawanese area”).

Al Tabari states that the word Jawa or Jva was used more widely in ancient times. Jawa in those days meant “Jawanese culture” (i.e. Malay culture), including its centres on the Isthmus, as compared to now when Jawa only refers to Jawa Island in Indonesia. According to one tradition, the Jawanese moved down from Kemboja and spread out to the archipelago.”

Dalam bahasa Jawa asli, tiada perkataan GAJAH. Oleh itu Patih Gajah Mada ini sebenarnya agak misteri bagi ahli sejarah Jawa sendiri.

Gajah Mada is a mysterious historical figure. No historical records about his origin, there’s no tomb to commemorate his magnificent achievement.
He’s probably the only Majapahit historical figure quite unknown where he’s born and where he died. But his legacy, the unified archipelagic empire of Majapahit is quite is the testament of his ambition and genius vision, a bright politician and warrior. Majapahit as the ancient incarnation of modern Indonesia stay forever as inspirations, source of pride and dignity for Indonesian.
According to books and articles I’ve reads here’s the speculations about his origin:

” Using animal name as people name is quite common in ancient Java, Lembu Tal, Kebo Ijo, Kebo Anabrang, Mundingwangi Dikusumah, Ciung Wanara, Mahesa Cempaka, etc. Gajah (means elephant) is known in ancient Java, In Borobudur relief we can find the image of Elephant, probably back then there’s an original Javanese elephant sub-species, but if not it’s possible to import them from Sumatra, since ancient Indonesian ship quite reliable to transport large things. But Gajah is abundant in Sumatra up until now. So the speculations arose.

Gajah Mada probably Malayu or Srivijayan origin, but since young he serve Javanese Majapahit special forces (Bhayangkara, the royal guard).
This theory probably based after the congquest of Malayu by Singhasari. The Pamalayu expedition led by King Kertanegara conquer the court of Malayupura (now Jambi), part of Srivijayan empire that already weaken. Malayupura once stood as rival for Srivijaya before Srivijaya conquer it. Then as Srivijaya weaken, Malayu began to be more important and enjoy certain degree of independence.

This conquest (some says alliance, cause Kertanegara gave gift for the people of Malayu, a huge 6 metres statue made in Java, then transport it to Sumatra) brough many royalties (princess of Malayu like Dara Jingga and Dara Petak), scholars, Buddhist priest (Dharmaputras), artisans, warriors, etc, to Javanese courts. Gajah Mada vast knowledge about various kingdoms, islands, and area around archipelago probably due to Srivijayan knowledge, is he Malayu soldier, that’s why he really know his way when he launch naval attack to Srivijayan capital like he’s ever been there before.”

p/s : orang Jawa totok mengaku bahawa mereka tak tahu siapa Patih Gajah Mada ini, tetapi sombong tak mahu mengaku dia ni orang Kelantan.

Pateh Gajah Mada adalah anak dari Puteri Linang Cahaya anak perempuan Raja Kelantan. Ayah Pateh Gajah Mada pula ialah Syeikh Hussein Jamaluddin Al-Kubra. Syeikh Jamaludin Al-Kubra ini banyak melahirkan keturunan yang menjadi pemimpin dan Ulamak yang berpusat di Patani-Kelantan seterusnya tersebar Islam ke seluruh Kepulauan Melayu dan Jawa. Pada masa itu Patani-Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Cermin kerana banyak ulamak berada di situ sehinggakan belajar agama Islam di Kota Mekah mesti sambung belajar di Patani-Kelantan. Patani-Kelantan diberi nama jolokan Kerajaan Cermin Mekah. Sebab itulah sehingga sekarang Kelantan digelar “Kelantan Negeri di bawah Serambi Mekah” . Orang Kelantan sejak lebih 800 tahun telah memilih Islam sebagai kehidupan mereka.

Pasted from