Rabu, 27 Januari 2010

BAHAGIA

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

 
 

 
 

Jumaat, 22 Januari 2010

Hidup & Kehidupan.....

Posted by selftech on Apr 2, '09 1:38 AM for everyone

Too beautiful NOT to share this story with you (MUST READ)

 
 

A Story to live by

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

 
 

  
 

One day,

someone donated a pair of eyes to her. When the bandages

came off, she was able to see everything, including her

boyfriend.

 
 

 
 

He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The

girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The

sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected

that. The thought of looking at them the rest of her life

led her to refuse to marry him.

 
 

 
 

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her

saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before

they were yours, they were mine.'

 
 

 
 

 
 

This is how the human brain often works when our status changes.

Only a very few remember what life was like before, and who

was always by their side in the most painful situations.

 
 


 

 
 

Life Is a

Gift

 
 


 

 
 

Today

before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.

 
 

 
 

Before

you complain about the taste of your food - Think of someone

who has nothing to eat..

 
 

 
 

Before

you complain about your husband or wife - Think of someone

who's crying out to GOD for a companion.

 
 


 

Today

before you complain about life - Think of someone who died

too early
on this earth.

 
 

Before

you complain about your children - Think of someone who

desires children but they're barren...

 
 

 
 

Before

you argue about your dirty house someone didn't clean or

sweep - Think of the people who are living in the streets.

 
 

 
 

Before

whining about the distance you drive Think of someone who

walks the same distance with their feet.

 
 

 
 

And when

you are tired and complain about your job - Think of the

unemployed, the disabled, and those who wish they had your

job.

 
 

 
 

But

before you think of pointing the finger or condemning

another -
Remember that not one of us is without sin.

 
 

 
 

And when

depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on

your face and think: you're alive and still

around.

 
 

 
 

=========================

 
 

I PRAY

THIS MOVES AROUND

 
 

THE ENTIRE UNIVERSE...

 
 

 
 

 
 

 
 

Too beautiful not to share.......  

 
 

Pasted from <http://selftechgroup.multiply.com/journal/item/40/Hidup_Kehidupan.....>

 
 

Akulah Sangtawal.

Akulah Sangtawal.

Raja Tilam juga namaku,

Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,

Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.

Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku

 
 

Bapaku bernama Sakranta,

pemerintah Empayar Jawaka,

Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka

Di akhir abad pertama masihi.

 
 

Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa

Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,

Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:

Al-Jawiyun nama gelarannya,

Tanah jawi tempat asalnya.

 
 

Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.

Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,

Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,

Campa,Kemboja dan Samudera - Pasai,

Bersatu di bawah Empayar Chermin.

Yang gah bernama Nusantara.

 
 

 
 

Inilah silsilah keturunanku:

 
 

Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,

ku beri gelarannya Sultan Jiddah,

Sultan Mahmud shah juga gelarannya.

Langkasuka negaranya.

Bersemayam gagah di Kota Mahligai,

Mengusir jauh Raja Bersiong,

Lalu menakluk Gangga Negara.

Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,

Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.

Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,

Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.

 
 

Anakku ini katanya mangkat 1362,

Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.

Kalau mangkat dimana makamnya?

 
 

 
 

 
 

Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa

Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,

Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.

 
 

Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa

itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,

Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.

 
 

Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa

Atau digelar Sultan Baki Syah

Raja Cermin juga gelarannya.

Keturunan kesultanan kelantan dan Champa

adalah darinya.

 
 

 
 

 
 

Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,

Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,

Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,

Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja

Juga digelar Phya Kurub Mahayana

Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai

Juga digelar Phya Tu NakPa

Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.

Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,

Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.

Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.

 
 

 
 

Puteri sulung ku Puteri Urduga,

ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.

Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.

Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh

Tertulis di situ "Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,

mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah

bersamaan 1380 Masihi.

Puteri Sadong anak angkatnya,

Juga ghaib hilang entah dimana.

 
 

 
 

 
 

Puteriku yang kedua Puteri Chendana,

Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir

Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih

Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain

atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.

Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?

Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan

Yang terkumpul padanya dua kekuatan

Kekuatan Rohani dan Fizikal

Yang akan membawa panji hitam dari timur

Panji kebenaran diakhir zaman

 
 

 
 

 
 

 
 

Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.

Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,

Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam

Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,

Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.

Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?

Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.

 
 

 
 

 
 

Akulah Sangtawal Sakranta….

Aku kembali mencari negaraku yang hilang.

Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.

Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.

Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran

Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.

Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,

Tertulis disitu cop mohor gelaran "Al-Mutawakkil"

Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.

 
 

Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan

Dari Maharaja gunung dan Sailendra

Mudik kehilir Sungai Mekong

Menjejak Campa dan Gangga Negara

Mencari Sriwijaya dan Mataram

Memburu perlak hingga ke pasai

Dari Pasai Ke Samudera

Lalu ku mengerti

Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana

disebut serambi mekah

Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.

 
 

 
 

Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.

Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.

Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.

Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,

Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan

Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra

iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra

Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang

Untuk bertanya kenapa katanya "Takkan melayu hilang didunia"

Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.

 
 

 
 

 
 

Aku mencari kitab sejarah melayu itu,

Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah

Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.

Banyak cerita samar di dalamnya,

haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,

Agar cucu cicitku bisa mengerti.

 
 

 
 

 
 

 
 

Aku mencari kitab Mahkota raja raja

Yang dikarang indah pembodek negara

Pengkhianat itu bernama sheikh nuruddin

Angkara dialah Sheikh Hamzah fansuri dihina.

Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..

Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya

Masjid Baitulrahman menjadi saksi

Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti

Masjid ini masih megah berdiri

Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.

Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman

 
 

 
 

Demi kebenaran aku datang,

Demi kebenaran aku berjuang.

Kerana sejarah itu kebenaran zaman

Sejarah ditulis oleh yang menang,

Putih katanya putihlah sejarah,

Hitam katanya hitamlah sejarah.

Agar cucu cicitku keturunanku

tidak menelan mentah cerita lama

agar cucu cicitku mengerti

agar mereka menilai segalanya

dengan akal dan mata hati

 
 

 
 

Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.

Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,

Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.

Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.

Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .

Mana dia saudagar sejarah,

Mana dia peniaga bangsa.

 
 

 
 

 
 

 
 

Mana dia tetamu yang tak diundang

Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota

Telah lupakah dikau asal usulnya dimana

Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas

Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa

Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha

Lalu bertanya erti ketuanan

Siapa itu ketuanan Melayu katanya

Apakah sewaktu datang mu dulu

negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?

sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat

mana ada ketuanan rakyat?

Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah

Namun bila panji kebenaran tertegak

pasti

Cerita dongeng mereka akan berselerak

 
 

 
 

Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.

Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan

Wasiat Rasul dikeji jangan

Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin

Yang bernama Nusantara.

 
 

 
 

Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang

Mana dia bangsa jawiku yang terbuang

Mana Empayar melayur yang hilang

Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang

Moga ketemu diakhir zaman

Moga bersatu diakhir zaman

Moga menang keakhir zaman

Bersama kita nantikan...

 
 

 
 

Pasted from <http://selftechgroup.multiply.com/>

 
 

Isnin, 11 Januari 2010

PISANG DAN HATI

piMaryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

 
 

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

 
 

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.

 
 

Pasted from <http://alamshah67.multiply.com/journal/item/629>