Khamis, 23 Disember 2010

Artikel dipetik dari Website Sri Gayong Panglima Ulung


 

SEJARAH  PERSILATAN  MELAYU  DALAM  KITAB  PUSAKA

SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG

 
 

Adapun mengikut hikayat persejarahan lama dalam kitab khazanah 

persilatan Melayu di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung ada menyebut tentang sejarah Silat Melayu Tanah Melayu adalah dibawa daripada amalan Ulama Sufi Islam dari benua Arab. Adapun tokoh utama mereka ada dua orang, walaupun yang lain tidaklah ditonjolkan nama mereka itu kerana mereka berdua itu dan rombongan adalah Ketua Panglima Besar Islam dan sahabat Rasulullah S.A.W yang datang ke Tanah Melayu melalui dua jalan utama dunia perdagangan antara Dua Benua, iaitu Benua Timur Tengah dengan Benua Asia (Sebelum dibuka terusan Suez).  Adapun mereka berdua itu bernama Panglima Saad. Satu yang melalui jalan pelayaran laut melalui Laut Arab, Tanjung Pengharapan dan Gujerat India/ Serindib (Sri Lanka), datang dari Habsah bernama akan dia  Panglima Saad bin Lubaid. Kerana Hubungan Dagangan Utama dengan Canton di Tenggara di China, Tanah Melayu telah menjadi persinggahan penting ditengah-tengah perjalanan dan utama jalan antara Arab-China.

 
 

           Walaupun Kerajaan Melayu Melaka belum dibuka oleh

Parameswara (Megat Iskandar Syah) dari Palembang, tetapi kerajaan Melayu tua telah wujud di beberapa tempat di sebelah utara iaitu Langkasuka, Patani ( Selatan Thailand), Bruas/ Manjung (Gangga Negara) di Perak, Kelantan Tua (Tanah Merah) dan Terengganu Tua (Besut/ Setiu). Di Melaka, walaupun masih belum wujud kerajaan tetapi telah ada perkampungan nelayan orang Melayu dan menjadi persinggahan perahu dan kapal layar penduduk tempatan, Nusantara dan pedagang antara Arab-China. Pedagang Islam membawa barangan daripada benua Asia untuk dijual di pasaran Eropah oleh Orang Itali. Tanah Melayu telah menjadi popular dikalangan orang Arab, China, India dan Nusantara sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Adapun kedatangan Panglima Saad menyebarkan Islam ke alam Nusantara sehingga China pada abad ke-5 dan 6 Masihi. Ramai dikalangan mereka aliran mazhab Maliki. Orang-orang melayu di Perkampungan Nelayan mula tertarik dengan peribadi mulia dan persahabatan mulia rombongan Arab dan mula menganut Islam, walaupun kebanyakan pemimpin dan ketua negara mereka masih belum menerima Islam. Orang-orang Melayu mula mempelajari Islam dan amalan kerohanian/ kesufian daripada mereka itu secara bersembunyi-sembunyi. Kedua-dua  Panglima Islam r.a mendidik mereka tentang ilmu mempertahankan diri  sebagai persiapan mereka ke arah berkerajaan dan bernegara untuk masa akan datang.

      Sementara di negara China pula orang China Islam dikenali sebagai "Hui-Hui"/ "Hwei Hwei" / "Ta- Shih". Tempat pengajian dan tarbiah agama ini berlaku di Tanah Melayu di "Lima Pulau" yang disebut oleh orang China Islam sebagai "Wushu". Orang Melayu Islam dari Tanah Melayu, Orang Islam dari India, Orang Islam China dan orang-orang dari benua arab berulang –alik  ke "lima pulau" di Tanah Melayu sebagai tempat pendidikan awal. Dengan ajaran kerohanian/ kesufian ini   dan seni mempertahankan diri ini di Tanah Melayu dikenali sebagai ilmu Persilatan atau ilmu "Gayong". Ramai di kalangan pelajar ini menjadi Pendekar atau tentera kepada kerajaan Melayu. Orang China Islam memanggil ilmu perang "Wushu". "Wu" bermaksud "Lima" dan "Shu" bermaksud " Pulau-pulau". Lima buah pulau menjadi pusat operasi pengembangan ilmu itu ialah: 1. Pulau Besar, 2. Pulau Serimbun, 3. Pulau Lalang, 4. Pulau Burung dan 5. Pulau Hanyut di hadapan Tanah Besar (Melaka). Berdasar kepada pedoman yang dinyatakan dalam pusaka tua ini, ianya berlaku antara tahun-tahun  53-54H/620-676 Masihi. Pada masa ini China berada di bawah pemerintahan Dinasti Tang (618-905M). Pada masa Dinasti Tang, pelayaran dan perdagangan orang China sudah sampai ke Teluk Parsi melalui Jalan Utama perdagangan di Tanah Melayu sekitar abad ke5-7Masihi. Penduduk di "Lima Pulau" adalah daripada pelbagai wilayah di Tanah Melayu lain seperti . Orang Melayu Tanah Melayu selain belajar di "Lima Pulau" juga membawa bahan-bahan untuk dagangan. Mereka itu dari Besut/ Setiu dan Batu Rakit dari pelabuhan kerajaan Terengganu Tua, dari kerajaan Patani dan Kelantan Tua, dari  Pulau Pangkor/ Lumut dari kerajaan Bruas/ Manjung di Perak, dari Muar (Johor-Riau Lingga), dari Kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua, dari Palembang, Perlak-Pasai, dan lain-lain.

     Sesuai dengan sistem jalan laut sebagai jalan perhubungan utama, 

Ilmu Gayong disebar luas oleh orang-orang laut yang menjadi kelasi kapal dagang. Persilatan atau ilmu Gayong yang dikembangkan di pesisir pantai Tanah Melayu ikut aliran kesufian tempatan berunsur Burung/ dan hidupan air seperti Gayong Helang/ Rajawali/ Layang-layang/ Naga/ Jala (Silat Pulut/Pengantin)// Ikan Pari-pari  dan lain-lain. Bagi penduduk di kawasan darat dan tanah tinggi pula ilmu kegayongan yang popular ialah Gayong Harimau, Ular, Singa, Helang Putih, Helang Merah, Cencadak (disebut Sudu Senu di Kelantan , Terengganu: Besut/ Setiu), Halilintar dan lain-lain.

Setelah orang Maharaja China  pada masa Dinasti Tang 

menjalankan dasar buka pintu kepada pedagang asing, Orang Melayu pedagang disebut "Kiwi" bersama dengan Ulama' Arab menduduki petempatan di Tenggara China di Kwang Chow (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Ahli pelayaran Melayu yang mashor disebut Panglima Awang / Awang Dagang dari Terengganu.

            Mengikut sejarah Islam di China, sejak Hidup Rasulullah S.A.W 

iaitu pada tahun 619/ 620 Masihi, Rasulullah S.A.W telah izinkan 101 muslimin dan muslimat berhijrah ke Habsyah di ketuai oleh Panglima Saad bin Lubaid. Kemudian Panglima Saad mengikut kapal belayar ke China (Canton)  pada 630/ 631M untuk menyebarkan agama Islam. Beliau dan rombongan telah singgah di Tanah Melayu sebelum ke Canton. Makam/ kubur Saad bin Lubaid terdapat di perkarangan Masjid di Kwang Tah Se di Canton. Disebut orang juga sebagai Saad bin Lubaid al-Habsyi yang pembantunya bernama Yusuf. Selain di Tanah Melayu mereka mengembangkan Islam di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton. Mereka telah mendirikan Masjid di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin See.

 
 

     Orang Melayu yang beragama Islam yang berhijrah ke China ada yang berkahwin dengan orang tempatan dikenali dengan puak "Hui-Hui" dan "Ta-Shih Kueh" dan "P'o-Si" iaitu keturunan Melayu-Arab-Parsi. Puak-puak ini bergabung pula dengan puak-puak China Islam seperti "Hui-Chi", Ching Jen dan Ch'ing Jen Jiao. Ilmu persilatan Melayu atau "Gayong" di China dikenali sebagai "Wushu". Ilmu ini berkembang bersama dengan konsep setiap orang Islam itu bersaudara melaui kahwin campur. Golongan pelayar dan pedagang Melayu yang mengikuti pelayaran Ulama' Sufi Arab, Parsi dan India Gujerat/Cambay telah menyebarkan ilmu persilatan atau "Gayong" dikalangan orang-orang China Islam. Mereka para ahli pelayaran/ pedagang ini diberi kebenaran membuka perkampongan di Canton. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa puak lagi seperti Da'-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man.

          Panglima Islam yang melalui jalan darat, Jalan Sutera Lama 

melalui Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Peking, seterusnya belayar  ke Tanah Melayu di Kerajaan Terenganu Tua (Besut/Setiu), kira-kira tahun 675Masihi. Panglima Islam ini telah meruntuhkan Dinasti Sassamiyah, Dinasti Parsi (kafir) terakhir dibawah pemerintahan Yezdegird III (632-651M). Islam telah menakluki Parsi pada 634-641M. Firuz (Pi-lu-su) anak Yezdegird dapatkan bantuan Maharaja Kao Tsung (627-650M) seterusnya menyerang Khurasan pada 651M tetapi pemberontakan itu telah dipatahkan oleh tentera Islam pimpinan Ahnaf bin Kais al-Tamimi. Firuz lari ke China. Akibat campurtangan China ke atas Kerajaan Islam Parsi, Khalifah Uthman Al-Affan R.A telah menghantar satu misi ketenteraan ke Changan kerana membantah bantuan China kepada Firuz. Ketua Rombongan itu ialah sahabat Rasulullah S.A.W, Saad Abi Waqas. Setelah melarikan diri dari Serangan tentera Islam, Firuz berkhidmat sebagai Kapten Pengawal Maharaja China pada tahun 674M. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqas juga diterima baik oleh Maharaja China dan Islam dibenarkan disebar-kembang di negara China. Justeru itu Saad Abi Waqas tidak menyerang negara China tetapi sebaliknya belayar ke Tanah Melayu kira-kira pada 675Masihi ke Besut/ Setiu  Terengganu melalui pelabuhan Batu Rakit dan  di "Lima Pulau" mengembangkan ilmu Islam dan siasah-perang.  Beliau pulang kembali dan Saad Abi Waqas ke rahmatullah/wafat pada 55H/bersamaan 677/678M di makamkan di Madinah.

      Ramailah orang Melayu Terengganu menganut Islam sehingga

wujud satu Legenda Ilmu Perang "Tok Syeikh Serban Kuning dan Tok Syeikh Serban Hijau" di Besut/ Setiu di Terengganu.

 
 

        Pada masa perkembangan Islam dibawah Khalifah Umaiyyah, 

Rombongan Islam juga sampai di Tanah Melayu. Persilatan pada masa itu dikenali sebagai Kumpulan Gayong "Semutar Putih" dan kumpulan ini bersama-sama rombongan Umaiyyah ke negeri China di kenali sebagai Puak "Ta-Shih" kerana mereka berjubah putih. Apabila Kejatuhan Kerajaan Umaiyyah kepada Abassiyah, Tanah Melayu juga mengalami perubahan dengan kemunculan  Pendekar "Semutar Hitam" kerana panglima Abassiyah berjubah hitam. Pada masa Khalifah Al-Walid (705-715M) dibawah pimpinan Panglima Qutaybah bin Muslim, orang Melayu juga bersama menguasai Sinkiang sehingga Kansu, tetapi tidak meneruskan peperangan sebaliknya menukar strategi diplomatik dengan Maharaja Hsuan Tung (713-756M). Ketika di bawah pimpinan  Panglima Hisyam bin Abd. Malik (724-743M). Orang Melayu juga mengikuti rombongan Abbasiyah ke China dikenali sebagai puak "Ta-Shin" atau "Heh-i-Ta-Shih".

 
 

        Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) tentera Islam bertembung dengan tentera China dibawah pimpinan Kao Hsien-Chih, Tentera Abbasiyyah menang dan seluruh Asia Tengah dikuasai oleh Islam. Selepas itu, bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Kerajaan Dinasti Tang dikuasai oleh orang Islam.

Maharaja  China, Su Tsung (756-763M) yang menggantikan bapanya Hsuan Tsung meminta bantuan tentera Islam  "Wushu" iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam dibawah pimpinan  Panglima Abu Muslim (Abbasiyyah) atau disebut Panglima Agong akibat pemberontakan  Jeneral An Lu-Shan. Kumpulan Melayu menamakan mereka para pendekar "Semutar Hitam"  di ketuai oleh " Panglima Hitam". Maharaja Su Tsung berjaya menawan kembali kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan orang-orang Islam termasuk kumpulan pendekar "Semutar Hitam". Mereka ramai kahwin dengan penduduk tempatan  dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi. Ramailah orang Islam berhijrah ke China termasuklah orang-orang Melayu pada masa pemerintahan Maharaja Choon pada tahun 814-847M.

Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak "Han" ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam  penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong)  atau "Wushu" di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).

Pada tahun 906M, Dinasti Tang jatuh. Hubungan dengan orang Islam merosot dan wujud dinasti-dinasti kecil, tetapi disatukan oleh Dinasti Sung (960-1279M). Hubungan China dengan orang Islam termasuk dengan orang-orang Melayu semakin baik. Perdagangan Kemenyam, gaharu, minyak wangi, buah zaitun, kurma arab, permaidani, gading gajah, minyak atar, batu permata, mutiara dan pedang kembali menggalakkan. Saudagar Melayu dan Arab kembali bertapak semula di China. Ketua orang  pedagang Islam di China amat mashur disebut "Pu Shou Keng" keturunan Arab-Melayu dilantik oleh Maharaja Sun Yu sebagai Pesuruhjaya Cukai dan berjaya menghapuskan lanun di sekitar perairan Fukien. Namun begitu "Pu Shou Keng" telah menyokong Kublai Khan menyerang China untuk mengembang kembali Islam di China. Orang-orang Islam bersatu menjatuhkan Dinasti Sung di Utara untuk mengangkat puak Genghis Khan (1162-1227M). Namun begitu, bahagian selatan Sungai Yang Tze masih di kuasai oleh Kerajaan Sung Selatan hingga tahun 1279M. Apabila tentera Mongol dibawah pimpinan Kublai Khan dengan bantuan orang-orang Islam "Wushu" telah berjaya menguasai seluruh China dan membentuk Dinasti Yuan (1279-1368M), ibukotanya di Khanbalik (Sekarang Peking). Masalah timbul bila cendikiawan China tidak mahu bekerjasama membangunkan kerajaan dibawah Dinasti Yuan. Kerajaan Yuan terpaksa mempelawa bijaksana Islam dari luar China termasuk di Alam Melayu untuk membangunkan negara China. 12 orang gabenor beragama Islam telah dilantik. Ketua Pemungut Cukai ialah Abdul Rahman (1244M). Kublai Khan telah melantik seorang Menteri Kewangan bernama Syed Umar Syamsuddin di kenali Syed Ajal atau orang China menyebut Say Dian Chih ( Sai T'ien-Chih). Pada 1259 di angkat menjadi Gabenor wilayah Yunan serta mengislamkan penduduk Yunan. Syed Umar tadi di gelar Putera Hsien Yang, menerima anugerah tertinggi kerajaan Yuan. Meninggal dunia pada 1279M. Sebagai mengenang jasa beliau, orang China telah membina tokong khas.

Seorang lagi tokoh Islam  "Wushu" berjasa di China ialah Ahmad al-Fanaqati dilantik pada masa Dinasti Yuan sebagai Pegawai Kewangan, menyebabkan kedudukan kewangan China Mantap. Marco polo pernah menyebut dalam catatannya, pengaruh Ahmad amat kuat dan dicemburui oleh pembesar-pembesar China yang lain seperti Chien Hu dan Wan Hu. Ahmad kemudian dibunuh. Kematian Ahmad memperorak perondakan matawang dan perbendaharaan Negara China sehingga wang kertas hampir tidak laku sehingga tahun 1311M percetakan wang kertas diberhentikan. Sebahagian besar tentera Mongol menganuti Islam dan mempelajari Warisan ilmu "Wushu" termasuk Ahnan Da, Gabenor An Si beserta 150,000 orang menganut Islam. Panglima Islam "Wushu" yang amat mashor yang menggantikan Say Dian Chih ialah anaknya, Nasruddin, yang berjaya mempertahankan Yunan daripada serangan Burma di bawah Raja Narathihapate. Tentera Burma cuba menceroboh masuk ke Yunan pada 1287M tetapi dapat dikalahkan oleh tentera pimpinan Nasruddin dan para pendekar "Wushu" di Lembah Vochang. Tentera Burma ketika itu berjumlah 60,000 orang termasuk tentera bergajah. Tentera Nasruddin dan pendekar "Wushu" hanya 12,000 orang sahaja. Ahli teknologi pada zaman Dinasti Yuan ialah Alauddin al-Mufari (A-lao-wa-ting) dan Ismail al-Syam (I-ssu-ma-yin), pakar membuat meriam termashur kemudian mengembangkan ke Melayu Campa dan Melayu Patani. Alauddin kemudian dilantik sebagai wakil Panglima Perang dan Ismail sebagai Ketua penyelia Kilang Meriam.

Seorang pereka cipta takwim China dikatakan keturunan Melayu iaitu Wan-Nien-Li (Wan Nik Li). Takwim itu menjadi takwim rasmi China pada 1281M. Dinasti Yuan bertahan selama 90 tahun di China.

Rasa tidak puashati kepada orang mongol telah menyebabkan satu gerakan pakatan pendekar Islam Wushu dengan rakyat China tempatan bagi menjatuhkan Dinasti Yuan. Kebangkitan seorang pemuda Islam dari Wilayah Selatan Sungai Yang Tze dengan bantuan puak Han bagi membolehkan negara China di perintah oleh orang China sendiri. Tentera Wushu memberontak yang di sebut sebagai Kebangkitan "Serban Merah" melancarkan jihad dipimpin oleh pemimpin orang Islam seperti Kok Tze Hin, Chu Yuan Chang, Ratu Ma, Chang Yui Chong, Hu Dah Hai, Ten Yu, Lan Yui, Mung Ying dan Tang Ho (semua pendekar Wushu Islam) merupakan zaman kebangkitan orang-orang Islam dipimpin oleh Jeneral dari Feng Yang dengan nama chinanya Kuo-Tzu-Hsing (Kok Tze Hin). Setelah kematian Kok Tze Hin, pimpinan disandang oleh anak lelakinya Kok T'iien –Shu, kemudian menantu angkatnya Chu Yuan Chang (1328-1389M). Chu Yuan Chang keturunan Semu (Semitik) mengistiharkan dirinya sebagai Maharaja Ming yang pertama dengan gelaran "Maharaja Hung Wu". Dinasti Ming adalah dinasti pemerintahan beraja Islam (Ibrahim T.Y Ma,1979:124-135). Permaisurinya Ratu Ma Hon (1332-1382M) memang sah Islam berasal  dari keluarga Ma di An Hui, walaupun tidak dijelas secara terperinci oleh ' The Cambridge History of China' . Ketika berlaku pemberontakan, Putera Chang Chu menentang anak saudaranya, Maharaja  Kien Wen. Cucu Chu Yuan Chang, iaitu kien Wen telah melarikan diri ke Makkah. Walaupun amalan confucianisme dibenarkan dalam istana tetapi agama Islam merupakan anutan keluarga Diraja.

9 orang Panglima Islam Wushu yang bergabung dengan Chu Yuan Chang ialah;

1.      Hsu Tah (1331-1385M)

2.      Ch'ang Yu-Chun (1330-1369M)

3.      Li Wen-Chung (1339-1384M)

4.      T'ang Ho (1325-1395M)

5.      Teng Yu (1336-1377M)

6.      Hu Tah-hai (1367M) dari Ssu Shi

7.      Hua Yun (1321-1360M) dari Huaiyuan

8.      Ting The- Hsing (1367M) dari Ting Yuan, dan

9.      Mu Ying (1344-1392M)

(Sumber Yusuf Chang:1988:8-9)

            Tindakan awal Chu Yuan Chang setelah menawan Nanking ialah mendirikan sebuah masjid jamik dan mencipta sebuah sajak memuji Rasulullah s.a.w. Masjid itu dinamakan Masjid Chin Juieh (Masjid pencerahan murni). 'Ming' membawa maksud 'gilang gemilang' atau terang benderang mengambil sempena tindakan Rasulullah ketika mula sampai ke Yathrib pada 622M, telah menukarkan nama nama kota itu kepada Madinah al-munawarah membawa maksud "kota gilang gemilang. Catatan dalam dinasti  Ming tentang Cheng Chu adalah Maharaja Yung Lo (beragama Islam)  telah mengharamkan  penternakan dan penjualan babi/khinzir. Di catat dalam sejarah bahawa Pahlawan "Wushu" yang mashor iaitu Laksamana Muhammad Ma Ho atau lebih dikenali dalam sejarah Melaka sebagai Laksamana Cheng Ho, merupakan seorang Islam di Yunan. Masa Muda telah ditawan oleh Keluarga Ming dan diserah kepada Cheng Chu. Beliau telah berkhidmat dengan Cheng Chu sehingga ditukar nama kepada Putera Cheng  Ho setelah Laksamana Cheng Ho membantu Putera Cheng Chu merampas kuasa daripada Maharaja Kien Wen (1398-1403M). Laksamana Cheng Ho telah dilantik memimpin armada laut China. Putera Cheng Chu di gelar Maharaja Yung Lo.  Laksamana Cheng Ho telah memimpin angkatan armada laut China keluar ke laut selatan dan barat dengan 62 buah armada besar  melalui Selat Melaka pada 1405M, tetapi tidak singgah di Melaka. Laksamana Cheng Ho keluar belayar melalui Selat Melaka sebanyak 8 kali. Pelayaran keduanya pada 1405-1424M. Semasa pelayaran balik ke China pada 1407-1409M dan pelayaran ke-4 (1413-1415M), Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka.  Sebagai persaudaraan Islam tanda persahabatan, Laksamana Cheng Ho telah mempelawa Sultan Megat Iskandar Syah, Sultan Melaka pertama yang menerima Islam mengikutnya ke China untuk menziarahi Maharaja Islam China iaitu Maharaja Yung Lo. Sultan Megat Iskandar Syah telah memperkenan permintaan Laksamana Cheng Ho untuk menziarahi Maharaja Yung Lo. Pembantu Laksamana Cheng Ho ketika itu ialah Laksamana Muda Heo Shien (Hussin) berasal dari Tanah Melayu. Wallahuaklam.

           
 

Sambungan Sejarah Persilatan Melayu

dalam Kitab Pusaka Perguruan PSS Sri Gayong Panglima Ulung.

"MARI KITA BERTAFAKUR DAN MELIHAT KEMBALI KEHEBATAN ORANG MELAYU YANG TERBILANG"

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Kasihani"

Pada  pendedahan sejarah yang lalu ada menyebut bahawa…,

Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak "Han" ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam  penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong)  atau "Wushu" di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).

Adapun saya mahu menyentuh tentang Orang-orang keturunan Melayu-Arab Islam yang berhijrah dari Negara China ke Campa. Mereka membuka perkampungan Melayu-Arab Islam. Dua tokoh besar dalam sejarah Persilatan Melayu ialah zuriat daripada kelompok ini bertaraf ulama yang disegani di Alam Melayu Nusantara, ialah Sunan Ampel dan Sunan Syeikh Maghribi  yang kemudian berhijrah ke Indonesia. Mereka berdua adalah pewaris ilmu Gayong Panglima Ulung pada zaman itu yang kemudian bersama Sunan Bonang (anak Sunan Ampel: Makhdum Ibrahim) dan Sunan Giri: Raden Paku, adalah anak kepada seorang ulama berasal dari Melaka iaitu Maulana Ishak ( Murid Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka). Mereka adalah menerima warisan ilmu yang sama  sebagaimana Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka. Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar Melaka juga telah membawa pendekar- pendekar Melayu dari Tanah Melayu ke Negara China bagi membantu dan mengukuhkan kedudukan Maharaja Yung Lo dan pemerintah Dinasti Ming seterusnya (pemerintahan Islam di China semasa Dinasti Ming) dan menyebarkan agama Islam  selepas era sahabat Rasulullah S.A.W, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi di Negara China. Peranan Syeikh Maghribi yang membentuk Gerakan Wali Songo bersama Sunan Ampel dan zuriatnya  Sunan Bonang dan Sunan Giri yang pada mulanya menelaah ilmu di Melaka tidak boleh dinafikan oleh semua pengkaji sejarah Islam di Nusantara. Selepas zaman sahabat Rasulullah S.A.W, Syeikh Abdul Aziz Ulama Besar Melaka yang telah menyebarkan, menitikkan khazanah ilmu Gayong Panglima Ulung kepada murid-muridnya yang kemudian  diangkat sebagai Ulama Nusantara selepasnya. Walaupun Syeikh Abdul Aziz sebagai ketua Ulama Melaka pada masa itu, peranan ulama lain tidaklah kecil, sebaliknya mereka bergabung tenaga melancarkan gerakan dakwah ke seluruh Asia Tenggara dan melalui siasah politik dan ilmu peperangan, maka terbentuk beberapa kerajaan Melayu Islam yang lain termasuk, Aceh dan Demak. Walaupun di zaman empayar Melaka, nama Sunan Bonang dan Sunan Giri tidaklah dikenali kerana mereka pada masa itu adalah masih berstatus pelajar sedangkan Tun Perak adalah Bendahara dan Hang Tuah adalah Panglima/ Laksamana Besar di dalam Kerajaan Empayar Melaka.

Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran "Hang", "Makhdum", "Khauja" dan "Maulana" adalah bagi darjah
kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah "Tun". Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka.  Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima  di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.

Maulana Syeikh Maghribi, Sunan Ampel, Sunan Bonang dan Sunan Giri telah berhijrah ke Indonesia dan membuka pusat pendidikan Islam secara pondok/ Pasentren dan mengembangkan ilmu-ilmu agama dan warisan Gayong Panglima Ulung yang dipelajari di Melaka ke Indonesia. Murid  Sunan Bonang yang paling mashor ialah Sunan Kalijaga. Dalam Gerakan Wali Songo, Ulama-ulama ini telah mengajarkan Raden Fatah beberapa kelebihan ilmu, yang akhirnya menjadi Sultan Islam Demak pertama yang dahulunya dibawah Kerajaan Majapahit.

Dalam sejarah Indonesia ada menyebut;

Sunan Maulana Malik Ibrahim (also Syeikh Maghribi) was an Arab who arrived in Java in 1404 and worked at Gresik and Leran until his death in 1419. He founded the first Islamic school or pesantren on Java. Cousin of Sunan Ampel. His work was carried out before the time period normally associated with the wali songo, making him a kind of pioneer for missionary activity on Java.

Sunan Ampel (also Raden Rakhmat) who did his work in Surabaya, and spread Islam in East Java. Sunan Ampel was the original leader of the walisongo. He was a nephew of the King of Majapahit, and a cousin to Raden Patah, first Sultan of Demak. He was actually born in Champa, an Islamic kingdom located where the southern part of Vietnam is today. Sunan Bonang and Sunan Drajad were both his sons. Sunan Giri lived with him alongside his sons as a young man.

Sunan Bonang, son of Sunan Ampel, wrote a popular book on theology and good behavior for Muslims. As a young man he studied with Sunan Giri in Melaka. He helped build the great masjid at Demak. A story says that he converted the later Sunan Kalijogo to Islam. He is buried at Tuban.

Sunan Kalijogo, (also Raden Sahid), was active at Demak, student of Sunan Bonang, advisor to Senopati, father to Sunan Muria. He revived the Garebeg procession, added Islamic stories to the wayang kulit repertory, and promoted the use of traditional rituals in a new Islamic context. The IAIN (Islamic Institute) in Yogyakarta today is named after him. At times Sunan Kalijogo has been called a proponent of innovation ("innovation" in orthodox Islam is generally considered not proper).

Stories of Kalijogo also follow confused chrnologies. Some have him participating in the construction of the Masjid at Demak in the 1470s; others have him active in the mid-1500s.

Sunan Muria, (or Raden Umar Said), son of Kalijogo, after whom Mount Muria is named, and who used gamelan and theatre to help promote his missionary activity. He preferred to work with common people and in isolated villages.

Sunan Gunungjati worked at Demak and Banten, and was the founder of Cirebon. Many stories say that he was originally from Pasai in Aceh, others say that he was from Pajajaran in West Java. He married the sister of Sultan Trenggono of Demak, and led military expeditions for Demak against Banten (which was still Hindu at that time). As "Fatahillah" he defeated the Portuguese when they tried to take Sunda Kelapa (now Jakarta) in 1527.

Sunan Giri, (or Raden Paku), studied at Melaka, founded Islamic schools at Gresik, foretold the rise of Mataram, and spread Islam to Lombok, Sulawesi, and Maluku. He was a proponent of orthodox Islam, and disapproved of innovation (much like "modernist" Islamic scholars of the 1800s and 1900s). A traditional story says that he was the son of a Hindu princess of Balambangan and Maulana Ishaq of Melaka, who had gone to Balambangan as a missionary. The princess was forced to abandon him in a crisis and set him adrift on the ocean in a small boat, from which he was rescued by sailors. He was later a student of Sunan Ampel, and married the daughter of Sunan Ampel.

Sunan Drajad was a son of Sunan Ampel. He built the masjid at Paciran (north of Surabaya) in 1502, and is known for promoting social and charitable works. He also promoted the use of the gamelan orchestra.

Sunan Sendang worked at Paciran until 1585.

Sunan Ngudung (or Pengulu Rahmatullah) who did his work in Matahun, and died in battle against the Hindu remnants of Majapahit in 1513. He was the father of Sunan Kudus.

Raden Hamzah (or Sunan Lamongan) who did his work in Lamongan.

Maulana Ibrahim Asmoro was the father of Sunan Ampel. He is buried at Palang near Tuban. He was married to a princess of Champa, in what is now Vietnam, and may have originally been from Central Asia.

Sunan Bayat who did his work around Tembayat, near Yogya. He was a student of Sunan Kalijogo.

Sunan Bejagung who did his work near Tuban.

Syekh Sitti Jenar (also Syekh Lemah Abang) who was sentenced to death for his strong religious convictions, which were considered by some to be heretical.

Raden Patah, founder of Demak, is sometimes included in the list. Raden Patah was the son of Kertanegara by a Chinese princess, and was brought up by Aria Damar, his half-brother, who had been sent to oversee Palembang with the title of Adipati, and was said to be a Muslim in secret. He consulted closely with Sunan Ampel before continuing on to found the city and power of Demak. Raden Patah is a "link" between the line of the old Javanese kings (such as Airlangga or Hayam Wuruk), the later Sultans of Mataram (such as Agung), and the present-day Sultan of Yogya and Susuhunan of Surakarta.

(Sunan Kuning came much later, was named Susuhunan of Mataram by rebels in 1742, is remembered in Semarang).

Many stories of the Wali Songo are recorded in the Babad Tanah Jawa (Chronicles of the Land of Java), written in the mid-1600s.

Rujukan bagi bukti sejarah Indonesia;

http://www.gimonca.com/sejarah/walisongo.shtml

Adapun tokoh yang amat mashor yang mempunyai zuriat yang ramai dikalangan ulama bagi pesilat/ pendekar/ Panglima  Melayu-Arab  yang lari dari Negara China ke Negara Campa ( sekarang Vietnam) ialah keturunan Maulana Malik Ibrahim, di Melaka dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim bin Abar Al- Hadhrami bin Syed Jamaluddin Al-Kubra, kadang-kadang juga disebut gelar sebagai Syeikh Maghribi. Sebahagian rakyat menyebutnya Kakek Bantal ( di Indonesia). Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai (Aceh) yang datang dari Empayar Melaka bumi bertuah, murid Ulama Melaka yang mashor iaitu Syeikh Abdul Aziz, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Syeikh Ibrahim atau Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Maghribi (adalah orang yang sama) dan Maulana Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro ( di Melaka disebut Syed Jamaluddin Al-Kubra), yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Saidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja ( Vietnam), selama tiga belas tahun sejak tahun 1379M. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putera. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Syed Ali Murtadha
atau di Indonesia di kenali sebagai "Raden Santri". Dari Campa singgah di Melaka  menjalankan misi dakwah di negeri itu. Seterusnya tahun 1392 M, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya kerana amanah agama.

Adapun saya mahu memanjangkan sejarah Syed Ali Murtadha ( di Indonesia dikenali sebagai Raden Santri) merupakan saudara kandung Sunan Ampel yang bapa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Ibrahim atau Syeikh Maghribi. Syed Ali Murtadha semasa di Johor menumpang di rumah "Laksamana Kota Tinggi" dan berkahwin dengan "Wan Teja" anak Laksamana Kota Tinggi sebelum belayar ke Kerajaan Melayu Pattani menumpang pula di rumah Mekong Damit, Kampong Bira pada tahun lebih kurang 1640M. Kerana Peribadi mulia di Pattani di gelar sebagai "Faqih 'Ali". Beliau telah mengasaskan persilatan warisan "Gayong Faqih", nama di alam kebatinan yang hebat. Syed Ali Murtadha di Negara Pattani (Selatan Siam) di kenali sebagai Syeikh 'Ali Al-Malbari dan dikalangan orang Bugis dan Johor/ Muar di kenali sebagai Andi' Ali.

Semasa di Johor Syed Ali Murtadha atau Syeikh 'Ali Al-Malbari atau Andi' Ali berkahwin dengan "Wan Teja" mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Syeikh Shafiyuddin Dato' Pujuk 1 bergelar "Tok Raja Faqih", pemerintah Kerajaan Melayu Pattani ( Selatan Siam). Kehebatan ilmu persilatan Syeikh Shafiyuddin Dato' Pujuk 1 tiada tandingan pada zaman Kerajaan Melayu Pattani, sehingga lagu gendang silat Pendekar Melayu zaman sekarang masih ada lagu JOK-1, JOK-2 dan JOK-3. Lagu-lagu gendang silat berkenaan adalah asalnya gendang tentera (pendekar-pendekar)  kerajaan Melayu Pattani dan dibawa dan diajar kepada pendekar-pendekar di Kelantan. Di Pattani Syed Ali Murtadha berkahwin dengan Cik Dewi anak Seri Bija Diraja. Dalam Sejarah Terengganu Syed Ali Murtadha juga dikenali dengan nama "Faqih Ali Malbari". Ramai zuriat Syed Ali Murtadha ini di negeri Pattani, Kelantan dan Terengganu, bahkan berada di seluruh negeri negeri-negeri Melayu. Nama beliau di Kelantan pula ialah " Syeikh 'Ali Al-Malbari. Seorang anak Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Fakih) bernama Wan Muhammad yang anaknya bernama juga "Faqih 'Ali" seperti nama moyangnya Syed Ali Murtadha. Faqih Ali bin Wan Muhammad inilah penulis kitab/ buku "Tarikh Pattani" atau dikenal "Tuan Tulis Pattani". Faqih 'Ali bin Wan Muhammad adalah pembesar Kerajaan Melayu Pattani yang dikenal sebagai Datuk Maharajalela di Pattani. Semasa perang Siam-Pattani, Faqih Ali belayar mencari bantuan kerajaan Sulawesi pada tahun 1632M, dan kembali tetapi singgah dan tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Faqih) adalah saudara kandung kepada Ibrahim Datu Kelantan IV bergelar Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrop (1632-1637M) di Campa. Menjadi raja di Campa pada tahun 1637-1684M.  Wan Muhammad, ayah kepada Faqih 'Ali juga dikenali sebagai  Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu. Keturunan mereka inilah ramai yang menjadi ulama-ulama dan tokoh-tokoh utama di Kerajaan Pattani, Kelantan dan Terengganu. Keturunan mereka ini termasuklah ulama Melayu Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, juga merupakan Panglima Besar kerajaan Melayu Pattani di zaman itu. Selain itu nama ulama dan tokoh hebat lain ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim dari Pattani berhijrah ke Bukit Bayas, Terengganu yang kemudian juga menjadi Ulama di negeri Terengganu. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dikatakan bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah / Sultan Babullah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia. Jadi Ulama-ulama dan Sultan-sultan Banten di Indonesia adalah keturunan mereka jua. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dan Sunan Gunung Jati di Indonesia adalah keturunan Sultan Abu Abdullah 'Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M). Ayahnya ialah 'Ali Nur Alam.

Sultan Abu Abdullah 'Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M) jugalah mengasaskan kerajaan Patani yang terletak di kepulauan Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.

Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang, Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya, kemudian hingga hari ini terpecah dengan rantaian yang kusut jika tidak kembali ke punca asal sejarah Persilatan Melayu yang saya perturunkan ini. Ingatlah anak- anak Persilatan nama Perguruan apapun kamu kita asal dari "Satu" ilmu iaitu ilmu Gayong Panglima Ulung.

Jangan biarkan anak-anak yang tidak tahu asal usul Persilatan Melayu bermusuh sesama sendiri. Saya Al- Faqir Guru Utama Pss Sri Gayong Panglima Ulung sudah lama menyimpan khazanah Sejarah Persilatan Melayu ini dan kini sudah sampai masa saya yang dhaif membuka rahsia ini agar anak- anak Persilatan tahu asal usul dan tidak berpecah-belah lagi. Bukan hasrat saya yang faqir lagi hina ini meminta anak- anak Persilatan semua datang  menyertai Perguruan hamba yang lemah ini, tetapi adalah untuk menyampaikan amanah yang terdapat dalam khazanah ini untuk di ketahui oleh semua ahli-ahli Persilatan sama ada di Malaysia mahupun Indonesia dan Nusantara Umumnya. Tahulah asal Ilmu Kita bagaimana Punca Mulanya.

KETURUNAN ANDI' 'ALI/ FAQIH 'ALI AL-MALBARI

(Yang diketahui sahaja)

1.     Wan Derahman

2.     Wan Namah

3.     Wan Nik (Dato' Wan)

4.     Wan Siti

5.     Syeikh Shafiyuddin

6.     Nik Din Menteri lagi Pahlawan Bagi Dato' Pujuk 1

7.     Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek

8.     Tok Kaya Rakna Diraja

9.     Wan Faqih Hussein

10.  Wan Nguk (isteri Tok Kaya Banggul) atau Wan Ngah: Anak cucunya Wan Ahmad di Perlis

11.  Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.

12.  Syeikh Nik Mat Kecik ( penyusun Kitab Mathla' al-Badrain), meninggal di Mekah.

13.  Syeikh Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Hj Wan Teh , ibunya Wan Nik/ Tok Wan Ti suaminya Zubeid/ Tok Wan Dahit.

14.  Wan Nik bt Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.

15.  Hjh Wan Maryam (meninggal di Sekudai, Johor).

16.  Hjh Wan Siti Saudah (meninggal di Pulau Penyengat, Riau)

17.  Hjh Wan Zainab (meninggal di Pulau Midai, Riau)

Alhamdulillah, tenangnya hamba yang faqir ini setelah membongkar segala rahsia untuk manfaat Agama, Bangsa dan Negara Tercinta. Kita adalah bersaudara. Salam Persilatan untuk semua. Segala salah silap atau bahasa yang tidak baik, tiada elok adat dan adab saya pohon ampun dan maaf. Semoga generasi kemudian gembira dan berlumba-lumba belajar ilmu Persilatan Melayu yang terpelihara sudah berabad-abad lamanya. InsyaAllah jika ada kelapangan kita berjumpa lagi.

 
 

Pasted from <http://panglimaulung.blogspot.com/p/sejarah.html>

 
 

Sabtu, 4 September 2010

 
 

Kelebihan Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 
 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

 
 

Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

 
 

Pasted from <http://buaya-merah.blogspot.com/search?updated-max=2009-02-16T17%3A43%3A00-08%3A00&max-results=100&reverse-paginate=true>

 
 

 
 

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

 
 

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

 
 

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

 
 

"apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?"

 
 

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

 
 

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

 
 

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh..

 
 

Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

 
 

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

 
 

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

 
 

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

 
 

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

 
 

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

 
 

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

 
 

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

 
 

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

 
 

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

 
 

Aku kata:

"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

 
 

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

 
 

Pasted from <http://buaya-merah.blogspot.com/search?updated-max=2009-02-16T17%3A43%3A00-08%3A00&max-results=100&reverse-paginate=true>

 
 

Jumaat, 20 Ogos 2010

SYARIF MUHAMMAD AL BAGHDADI

Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.

Batu belah, dipercayai dibelah oleh Waliallah Syarif Muhammad al-Baghdadi dengan tangannya.

Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit. Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu dan ada juga yang menyatakan kerajaan Buddha), beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam Dinasti al-Kamil. Pemerintah kerajaan Pasai iaitu Sultan al-Malikul Salleh bersama dengan seorang wali Allah bernama Syeikh Ismail (makamnya di Pulau Besar, Melaka) dikatakan pernah menghadap seorang khalifah dari dinasti al-kamil pada tahun 1290. Kemungkinan besar Khalifah yang dimaksudkan olah Syarif Muhammad al-Baghdadi. Kerajaan Dinasti al-Kamil ini dkatakan menaungi kerajaan Islam lain seperti kerajaan Cirebon, Banten, Mataram dan Pagar Ruyung. Seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan Kota Temir yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.


Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad, kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.


Makam Waliallah Tok Pauh (Syarif Abdullah Bin Syarif Qahar)
Di antara warisnya yang paling menonjol ialah cicitnya iaitu Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis diriwayatkan pernah menubuhkan ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang sangat terkenal di Alam Melayu pada ketika itu. Anak Tok Pulau Manis yang bernama Siti Zubaidah dikatakan telah berkahwin dengan Tun Jenal yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.



Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut:
RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Baginda dengan jelas telah meramalkan Islam akan bangkit di akhir zaman di bumi penentuan itu, negeri panji Hitam, Terengganu Darul Iman. Dari susur galur keturunannyalah yang akan menjadi pencetus kebangkitan akhir zaman nanti.

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)


Hubungan Darah Waliullah Tersohor Nusantara Dengan YDPA Malaysia ke-13 ???

 
 

 
 

 
 


 
 

 
 

 
 

Di akhir zaman ini kita lebih cenderung untuk memuja dan mengkagumi artis-artis, pelakon-pelakon malahan menyanjung mereka yang menentang hukum Allah s.w.t (tamra). Jika ditanya kepada anak muda remaja, lagu apakah yang sedang 'HOT' sekarang pasti mereka dapat bagitahu lagu apa dan dapat menyanyikannya dengan lancar. Tetapi jika ditanya ayat-ayat suci Al-Quran berapa keratkah yang lancar dan megghafalnya? Dan pernahkah kita mengambil masa sejenak untuk menghayati firman Allah? Renungkan kembali saudaraku.

 
 

Lupakah kita tentang para Waliallah yang telah berjuang di jalan Allah untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini? Untuk meneruskan kesinambungan Rasullulah s.a.w menegakkan kalimah agung di bumi Allah ini. Sesungguhnya merekalah pewaris nabi selepas kewafatan Rasullulah s.a.w. Saya mengajak anda semua untuk mengenali dan kembali menyelusuri perjuangan waliullah, Sheikh Abdul Malek dan sedikit kaitannya dengan moyang kepada Yang di-Pertuan Agong kita, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-marhum Sultan Mahmud Al Muqtafi Billah Shah.

 
 

 
 

Saya  pernah melawat makam ulama' tersohor ini ketika belajar di SMKA Sheikh Abdul Malek ketika mengikuti rombongan pelajar-pelajar asrama, kalau tidak silap saya ketika saya berada di tingkatan dua.Huhu, rasa rindu pulak kat tempat tu. Sekarang dah susah nak ziarah sana,maklumlah sibuk je. Namun apa-apapun renungkanlah perjuangan serta dakwah mereka. Semoga semangat perjuangan mereka terdahulu kita dapat teruskan di akhir zaman ini, Insya Allah.

 
 

 
 


 
 

 
 

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.

Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.

Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat.

 
 

SYEIKH ABDUL MALIK ( TOKKU PULAU MANIS )


Nama Tokku Pulau Manis sememangnya telah begitu masyhur di kalangan penduduk Terengganu sebagai seorang ulama dan juga pejuang tanah air pada waktu penjajahan British dahulu. Namun begitu, tidak ramai yang mengenali susur galur dan juga sejarah hidup ulama Melayu ini.Nama beliau yang sebenar ialah Sheikh Abdul Malek bin Abdullah. Sheikh Abdul Malek adalah berasal dari keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi yang merupakan seorang raja di Baghdad. Kemudian beliau telah merantau ke Terengganu dan menjadi pemerintah di Terengganu yang dikenali dengan Empayar Suci Temir.

 
 

 
 


Empayar Suci Islam Temir, khilafah Islam di Nusantara yang telah di'gelap'kan.

Pada tahun 1650, Sheikh Abdul Malek telah dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu. Beliau diberi nama Syarif Abdul Malek bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.

 
 

Kehidupan Sheikh Abdul Malek di istana adalah juga merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya dan melakukan ibadat. Hasil dari Sifat-sifatnya yang mulia dan daya intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan kepimpinan.

 
 


Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik, dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya.

 
 

Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya dan juga ulama tempatan, Sheikh Abdul Malek disuruh pula oleh ayahandanya belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga tempat pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah. Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Sheikh Abdul Malek telah berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok Sheikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu.

 
 

Apabila Sheikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaicah oleh Sheikh Abdul Malik dengan tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga muridnya yang lain iaitu Sheikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Mekasar, Sheikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Sheikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai beberapa maqam padanya. Akhirnya, Sheikh Abdul Malek telah dilantik sebagai khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di Terengganu apabila pulang ke negerinya.

 
 


Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Sheikh Abdul Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu, Sheikh Abdul Malek diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di Mekah, Sheikh Abdul Malek telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah seorang darinya ialah Sheikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.

 
 

Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Sheikh Ibrahim al-Kurani telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syeikh Abdul Malek kembali ke tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Sheikh Abdul Malek telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya makin hampir.

 
 

Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya telah menjodohkan Sheikh Abdul Malek dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.

 
 


Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidahlah yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1. Namun, ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas kematian ayahnya, Wan Ismail Datu. Wallahualam.

 
 

 
 

 
 

 
 

Namun, fakta yang mengatakan Siti Zubaidah sememangnya anak kepada Tokku Pulau Manis lebih saya yakini serta telah tercatit dalam hampir semua buku-buku yang mengisahkan kesultanan Terengganu. Hal ini menunjukkan terdapatnya hubungan darah yang istimewa antara sultan-sultan terengganu dan ulama' yang juga waliullah tersohor nusantara, Tokku Pulau Manis.

 
 

 
 

Setelah ayahandanya mangkat, Sheikh Abdul Malek telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk. Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk mencari pengganti dirinya.

 
 

Setelah itu, Sheikh Abdul Malek pun bermesyuarat dengan para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Sheikh Abdul Malek. Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Sheikh Abdul Malek mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya terus memerintah di Terengganu.

 
 


Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah. Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah dan telah diizinkan untuk membaicah dan membimbing suluk para muridnya.

 
 

Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya, murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil.

 
 

Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan Zainal Abidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan diletakkan batu 'bereluk' di sekelilingnya.

 
 

Sumber:

Manaqib Syeikh Abdul Malek Abdullah (Tokku Pulau Manis) oleh Syeikh Ibrahim Mohamad

Free Our Mind | Rise Of Islam

 
 

 
 

 
 

.....Al-Fatihah.....

 
 

Pasted from <http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010_06_01_archive.html>

 
 

Rabu, 11 Ogos 2010

LELAKI…….

Kenali Siapa Lelaki.. ??

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

 
 

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

 
 

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.

Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

 
 

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.

Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

 
 

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

 
 

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

 
 

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

 
 

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

 
 

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

 
 

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

 
 

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

 
 

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.

Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

 
 

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

 
 

"People wil forget what you said,

people will forget you did,

but people will never forget how you made them feel..."

 
 

Pasted from <http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/07/kenali-siapa-lelaki.html>

 
 

Isnin, 7 Jun 2010

MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU

Melayu itu Islam , Islam itu Melayu


 

Penghargaan :

 
 

Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad

Junaidin bin Haji Che Din

 
 

 
 

Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi,

Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah

memulakan gerakan memburu dan

menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang

berada di bumi Iran ketika itu. Golongan

Sunni adalah dari kalangan suku kaum

Kurdis (Kalahar) .

 
 

Oleh kerana keadaan amat terdesak,

golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa

berhijrah secara besar-besaran ke

Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh

dan New Zealand. Sebahagian daripada

mereka juga telah tiba di Nusantara dan

membuka penempatan baru di Kedah yang

juga dinamakan mereka sebagai Kalahar

(sempena mengambil nama suku kaum Kurdis

Sunni) yang pada masa itu baru sahaja

menerima kesan serangan Raja Rajendra

Chola (Lihat Nota 1).

 
 

(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan

tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan

Hindi di Pantai Koromandel bernama

Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas

hati dengan penguasaan Sri Vijaya di

Nusantara. Baginda telah menghantar

ratusan kapal perang untuk memusnahkan

Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah)

 
 

Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu

Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi

duta Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar

Zulkarnain - Macedonia)(Lihat Nota 2)

untuk membawa Putera Raja Rom bagi

mengahwini Puteri Maharaja China.

Baginda berasal dari Gumarun (Lihat Nota

2), Parsi dan pernah ditewaskan oleh

angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.

 
 

(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah

Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang

pada suatu masa adalah sebahagian dari

Empayar Rom Timur yang telah lama

menerima agama Islam dari zaman Khulafa

Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali

sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.

 
 

Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa

ini telah diserang oleh satu angkatan

perang Hindu yang mempunyai kapal

berlambangkan burung garuda (lambang

kenderaan Dewa Wisnu).

 
 

Serangan yang begitu kuat ini telah

memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa

mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak

lama kemudian baginda telah diangkat

menjadi raja oleh penduduk tempatan

sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.

 
 

Baginda juga telah mengahwini seorang

gadis Orang Laut dari suku gergasi

kerana ingin menggalakkan perkahwinan

campuran di samping memperbesarkan lagi

keturunan dan kaum kerabat.

 
 

Raja Merong Mahawangsa telah

memperkenalkan nobat di istana baginda

(Lihat Nota 3) mengambil sempena

bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun

Ar-Rashid di Baghdad.

 
 

(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota

Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke

timur Gunung Jerai berhampiran

persimpangan jalan perdagangan Kalaha

dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan

mendirikan sebuah lagi istana di timur

Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok

iaitu tapak permulaan jalan menuju ke

Langkasuka dan Pantai Timur.

 
 

Syeikh Abdullah Al-Qumairy

 
 

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani

(Pengasas Silat Abjad) telah

menceritakan kepada murid-muridnya

bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh

Ahmad bin Tuan Syeikh Ja'far Qumairy

(atau Syeikh (Sayyid) Abdullah

Al-Qumairy atau Syekh Abdullah

Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman.

Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan

Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan

murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia

Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin

Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir

Jilani Qadasallah Sirruh.

 
 

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah

Al-Qumairy telah menerima arahan dari

Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani

untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah)

dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti

Nusantara bersama-sama 11 orang

rakan-rakannya.

 
 

- Ketika itu terdapat 6 orang utusan

lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul

Qadir Jilani yang terkenal) telah

dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu

 
 

i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir,

Perancis hingga ke Itali,

ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan,

Morocco hingga ke Afrika,

iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke

Afrika Barat,

iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke

Syria, Turki dan Balkan,

v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi

vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke

India, Afghanistan dan Nepal

 
 

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah

mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah

Al-Qumairy telah menggunakan jalan

karamah di mana dia berjalan sekelip

mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah

dengan izin Allah SWT bersama-sama 11

orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di

Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah

(1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah

mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra

Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di

Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana

sedang mengadakan satu majlis keramaian

yang mempamerkan pertunjukan seni

mempertahankan diri yang berpaksikan

pemujaan dewata, sihir, istidraj dan

lain-lain.

 
 

(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi

menjadi Khalifah di Baghdad.

 
 

Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan

rakan-rakannya telah mempamerkan satu

kehebatan seni mempertahankan diri

(silat) sehingga semua

hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong

terpaksa mengaku kalah dan akur dengan

kehebatan Syeikh Abdullah.

 
 

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang

ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah

Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta

ingin mengetahui secara lanjut mengenai

rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar

penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya

baginda sangat terpegun dan terus

memeluk Islam dengan mengucap dua

kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh

Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para

pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

 
 

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah

memasyhurkan gelaran dan nama baru

kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu

Sultan Muzaffar Shah 1.

 
 

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah

juga telah memeluk agama Islam.

Pengislaman secara massal ini berlaku

dalam tempoh yang begitu cepat dengan

berkat usaha yang jujur dan ikhlas

seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah

Al-Qumairy.

 
 

Rakyat Kedah juga terdiri daripada

pelbagai kelompok yang berasal daripada

Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China)

(Lihat Nota 5) dan lain-lain yang mana

mereka kebanyakannya telah lama memeluk

Islam di negara asal masing-masing.

Mereka juga terkenal dengan kemahiran

berdagang. Umat Islam dari China juga

rata-rata memakai nama pangkal 'Pu'

iaitu Abu.

 
 

(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari

Arab, Iran dan lain-lain berkumpul

pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina

Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar

Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang

ahli rombongan untuk mengembangkan

dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri

China pada tahun 651 menunjukkan bahawa

mereka telah menerima utusan dari Han

Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam

kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti

Sung telah memeluk Islam.

 
 

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar

Arab dan Iran di Kanton telah diserang

dan dibunuh beramai-ramai oleh

sekumpulan pemberontak anti kerajaan

China. Inilah penyebabkan sebahagian

dari mereka menjadi pelarian dan tiba di

Kalaha.

 
 

 
 

Kebanyakan dari mereka ini telah

memutuskan untuk terus tinggal

bersama-sama umat Islam di Kedah dan

menjadi satu warga atau bangsa yang baru

di negeri Islam di bawah bimbingan

(Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan

payung pemerintahan (Umara) Sultan

Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan

Ulama-Umara)

 
 

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah

menamakan gagasan bangsa yang baru

sebagai 'Al-Mala-u' (Lihat Nota 6)

bersempena satu kalimah Arab yang

bermaksud '(berkembang-biak) memenuhi

ruang' kerana cepatnya berkembang

pengaruh agama Islam di Kalaha.

Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan

sebutan berbilang bangsa ini telah

menerbitkan perkataan "Melayu" seperti

yang dikenali hari ini.

 
 

(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak

tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga

Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab -

Al-Mala-u bererti :

 
 

a) Budi pekerti yang tinggi

(husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni

makna kepada agama sebagaimana satu

Sabda Rasulullah S.A.W.)

b) Pemimpin

c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi

ruang dan masa

 
 

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan

bahawa warga ini adalah :

 
 

a) Ahli (warga yang menerima Talkin

kalimah Taqwa dan Tarbiah)

b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal

iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala

Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi

Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan

titik pada beberapa huruf)

c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi

ruang)

d) Asal (yang asli atau yang yang tulin

menerima agama Islam dari Seruan Nabi

Muhammad Rasulullah S.A.W.)

e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga

Angin Bawah Bayu Merdeka)

f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut

kukuh kepada agama Samawi.

 
 

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN

PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –

Sekira-kiranya pewaris asabah kepada

satu bangsa beragama) (menyamai dengan

zaman kegemilangan Islam lampau) atau

ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti

Mulia dan Nurnya Meliputi Alam

(Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1

memperkenalkan kepada mata dunia bahawa

ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)

 
 

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah

bertaubat nasuha bersama-sama semua

pembesar Istana dan para hulubalangnya

termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di

bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

 
 

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah

ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy

kepada nama Kedah Darul Aman iaitu

sebuah negeri yang aman dan merdeka dari

segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan

keengkaran. Penamaan ini juga bersempena

"Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur"

yang dipetik dari Firman Allah S.W.T.

dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud

"Negeri yang baik (indah lagi makmur)

dan Tuhan Maha Pengampun" (ke atas

taubat hambaNya)

 
 

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi

Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga

baginda telah melantik Syeikh Abdullah

Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat

agama Islam baginda, kaum kerabat diraja

dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar

Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh

Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda

angkat baginda.

 
 

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah

menyarankan agar candi di puncak Gunung

Jerai dimusnahkan dan diganti dengan

sebuah menara untuk dijadikan tempat

azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk

bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah

menitahkan agar permintaan Syeikh

Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

 
 

Setelah binaan menara tersebut hampir

siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah

jatuh gering dan ditakdirkan wafat

beberapa hari selepas itu. Sebelum

kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy

telah mewasiatkan agar jenazahnya

dikebumikan di kawasan lapang berdekatan

dengan binaan menara berkenaan. Kawasan

itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

 
 

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi,

Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi

Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani

(wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi)

pernah tiba beberapa kali di Gunung

Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,

Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah

bersolat di kawasan tanah lapang

berkenaan di samping melantik Sultan

Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada

Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

 
 

Pasted from <http://blogs.myspace.com/sarif78>