Sabtu, 29 Mei 2010

PESAN RASULLULLAH S.A.W KEPADA ALI

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda:

"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan, tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."

 
 

"Ya Ali! Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."

 
 

"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia diatas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."

 
 

"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."

"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."

"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan dari mara bahaya hari kiamat."

"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"

"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.

"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."

Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?

 
 

"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."

"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."

"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."

"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."

" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga didunia;

1. Ia akan cepat memusnahkan harta.

2. Ia akan melenyapkan kekayaan

3. Ia akan menghapuskan rezeki.

Adapun yang tiga di akhirat ;

1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).

2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.

3. Kekal di dalam neraka."

"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."

"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."

"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."

"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."

"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.

"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."

"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)

Posted in Takdir, Rezeki dan Harta Kekayaan. | No Comments »

 
 

Pasted from <http://alivewire.wordpress.com/page/7/>

 
 

Jumaat, 21 Mei 2010

KEBERKATAN SURAH AL IKHLAS

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

 
 

 
 

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S..A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

 
 

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

 
 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

 
 

Membaca Surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

 
 

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

 
 

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

 
 

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: 

 
 

(1) Sedekah/amal jariahnya, 

(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan 

(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Waallahu a'lam

 
 

Pasted from <http://alamshah67.multiply.com/journal/item/610>

 
 

Khamis, 20 Mei 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA.

  

*LELAKI *

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala *dosa

*gadis bujang ditanggung oleh bapanya. *

*Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak *

*perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. *

*BERATKAN? *

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan

sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya

terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya

perlu taat kepada suaminya. *Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya

kalau *

*buat tak** **baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? *

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun

begitu isteri boleh membantu. *Haram bagi** **suami bertanya pendapatan

isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. *

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung

dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih

panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya

dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah

kira-kiranya.

*WANITA : *

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari

suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

*Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. *

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada

pada lelaki.

*Pernahkah kita lihat sebaliknya?? *

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat

yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar

bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi *lelaki wajib taat kepada ibunya 3

kali *

*lebih utama dari bapanya *. *Bukankah ibu  adalah seorang wanita *?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik

peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala *lelaki *

*menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan *

*anak-anak. *

*Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap

*saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di

*mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). *

Di akhirat kelak, *seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 *

*wanita **:   *

*1. ibunya *,

*2. isterinya *,

*3.anak perempuannya *,   dan

*4. saudara perempuannya. *

Manakala *seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya **ditanggung **oleh

*org lelaki ini *:

*1. suaminya, *

*2. ayahnya,   *

*3. anak lelakinya dan *

*4. saudara lelakinya *.

*Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga *

*yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja *:

*1. sembahyang 5 waktu *

*2. puasa di bulan Ramadhan *

*3.  taat  suaminya dan *

*4. menjaga kehormatannya *.

*Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat *

*akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut *

*menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa *

*perlu mengangkat senjata. *

*MasyaALLAH.. ..sayangnya ALLAH pada wanita .... *

*Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang *

*lelaki *, *tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa *

*disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi *

*pemimpin.... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita *

*sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang *

*mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA... *

*"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu *

*berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu *

*bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan

*segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-

Imran:103) *

*Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah

dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya

menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan

alasan untuk membela diri " *

*Hikmah sujud - *

*Sujud lega sistem pernafasan *

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah

yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu

pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan

itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika

bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.

dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir

dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan

mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

 Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat

asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan

   lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan

   sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara

automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan

oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke

   otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan

sebagainya.

D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di

hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur

dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran

darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan

otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality

seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang

tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan

darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

*Tujuh kalimat *

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan

Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

*1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. *

*2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. *

*3.. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut *

*4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. *

*5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak *

*     **disukai dan tak diingini. *

*6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima

*     **musibah. *

*7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam *

*     **sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,

mudah-mudahan ingat, *

*     **walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu

mudah-mudahan *

*     **jadi bisa, karena sudah biasa *

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

*AMIN. *

*Surah Al-Munaafiquun *:

*Ayat : 9 **  *

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai

(lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah

(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka

mereka orang yang rugi.

  *Ayat : 11 *

Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai

ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan *JANGAN TINGGAL/LALAI

BERSOLAT * , ia adalah WAJIB   :

Barangsiapa meninggalkan *solat Maghrib *, dosanya seperti berzina dengan

ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang

perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan *solat Isya' *, maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya..

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.

Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan *solat Subuh *akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di

dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang

dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan

kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan *solat Zohor *diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau

begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan

untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan *solat Asar *sama dosanya dengan membunuh 1000

orang Islam.

KERIS

Satu hari maka terbaca penulis akan satu cerita, mengenai bagaimana seorang hamba Allah, yang begitu sering kali berzikir, diberi satu hasutan daripada Syaitan, bahawa zikirnya itu tidak dijawab oleh Allah swt. Syaitan menghasut kepadanya dengan berkata sudah begitu lama dia berzikir dan tiada jawapan pun yang hasil daripada zikirnya itu. Maka bersedihlah hamba Allah itu. Pada malam harinya, beliau didatangi oleh Nabi Khidir dalam mimpinya dimana Nabi Khidir berkata,”Ah, kamu sudah mula tidak mahu memanggil kepada Tuhanmu dan aku menasihati kamu supaya bertaubat daripada membuat nyata niatmu itu.” Hamba Allah itu berkata, “Aku kecewa kerana tidak ku terima jawapan, ‘di sini Aku’, dari Tuhanku. Aku khawatir bahawasanya usahaku ini seperti dijawab dengan pintu yang tertutup.” Kata Nabi Khidir pula, “Allah swt, telah memberi ku arahan untuk bertemu kamu dan beritahu kepada mu, bahawa setiap ‘Ya Allah’ yang kau ucapkan itu adalah jawapan ‘Aku di sini’.”

Ceritanya ini amat panjang namun penulis rasa cukup sampai disini penulis sampaikan cerita ini kerana ini adalah jantung kepada kesemua cerita yang penulis baca saban hari.
Pernah satu hari, penulis diberi nasihat oleh seorang hamba Allah yang mengatakan bahawa didalam alam ini, setiap sesuatu berpegang kepada tiga perkara, iaitu, Adab, Falsafah dan Rahsia. Begitulah ciptaan Allah swt, penuh dengan adab, penuh dengan falsafah dan penuh dengan Rahsia. Sholat lima kali sehari pun penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia. Bangsa Melayu, adalah antara bangsa yang penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia. Dari pemakaiannya, cara memakan, cara berjalan, cara berlawan hinggakan ke senjatanya, penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia. Oleh kerana penulis begitu minat dengan senjata keris, maka pada tulisan ini, penulis hanya akan menumpukan perhatian kepada ciptaan yang begitu indah ini yang terhasil daripada datuk nenek moyang kita. Penulis rasa amat berat untuk menulis artikel ini kerana takut tersilap dalam penyampaian dan masih lagi mempelajari ilmu ciptaan indah senjata nenek moyang kita ini. Namun berbalik kepada Adab, Falsafah dan Rahsia, oleh kerana keris ini juga berpegang kepada tiga perkara ini, maka penulis rasa sudah masanya penulis bukakan cerita keris sebanyak yang mungkin menurut pengetahuan penulis sendiri.

Keris dicipta dengan niat membunuh. Mata keris apabila dikeluarkan dari pakaiannya, tidak lain adalah untuk menjaga maruah dan untuk membunuh. Bukan untuk mempertahankan diri, tapi lebih kepada membunuh. Maka ada pihak yang berkata, keris ini begitu pendek, begitu pelik untuk dijadikan senjata. Cara memegangnya juga amat pelik dan adalah susah untuk dipergunakan untuk membunuh. Pandangan seperti ini sering kali datang dari mereka yang melihat pedang ataupun senjata yang panjang dan tajam sebagai senjata yang efektif. Di sini, kita mengerti bahawa, pada pandangan orang seperti ini, senjata yang efektif mempunyai sifat-sifat seperti pedang ataupun senjata yang “sewaktu dengannya”. Keris tidak mempunyai sifat sebegitu. Pendek dan bagi orang Melayu, dipegang seperti pegang pistol. Sudah tentu seandainya berdepan dengan orang yang memegang pedang, habis riwayat orang Melayu yang berkeris ini. Jadi apakah silap datuk nenek moyang kita dalam membuat keris sebagai senjata orang Melayu? Apakah silap nenek moyang kita dalam Adab, Falsafah dan Rahsia mereka? Kalau benar, maka itulah sebabnya kita dijajah kerana kita tersilap membuat senjata. Sementara mereka perpedang, kita berkeris. Sementara mereka mempunyai meriam, kita mempunyai lembing, sumpit dan sebagainya. Sejarah tidak boleh diubah. Kita, orang Melayu pernah dijajah. Mungkin Allah swt inginkan ianya begitu kerana pada mata Allah swt, semuanya indah. Tapi, pada pandangan penulis pula, penulis bersyukur, kerana yang menjajah kita orang Inggeris dan bukan orang lain. Bagi mereka yang terperanjat dengan kenyataan penulis, penulis mensyorkan supaya baca buku lantai T. pinkie yang ditulis oleh Datuk Abdul Samad bin Muhammad Said (A Samad Said). Walau bagaimana pun, sebaiknya, jangan sesekali kita dijajah, namun, sejarah tetap sejarah, dan setiap sesuatu ada kebaikannya.
Di sini, penulis ingin memperbetulkan padangan mereka yang mempunyai pandangan senjata keris ini salah ciptaannya kerana nenek moyang kita silap tentang Adab, Falsafah dan Rahsia mereka. Ingin juga penulis mengatakan ada perbezaan antara keris Melayu dan keris Jawa. Di sini, penulis tumpu kepada keris Melayu.

Datuk nenek moyang kita mengerti bahawa untuk membunuh seseorang, kita tidak perlu senjata yang panjang dan begitu tajam. Malah, falsafah yang wujud amat unik. Mereka mengerti bahawa sebaik-baik penyampaian bila bersenjata, biarlah ianya tak nampak. Kalau nampak maka orang boleh mengerti penyampaian itu baik ataupun buruk. Kalau baik, maka diterimanya. Kalau buruk, dielaknya. Kalau tak nampak, bagaimana nak diterima ataupun dielak. Maka disitulah letaknya falsafah keris. Ianya dicipta sebegitu sebagai satu falsafah bahawa bila ianya disampaikan, sebaiknya cepat dan tak nampak. Ada sifat “mengejutkan” lawan. Nenek moyang kita juga tahu, untuk membunuh juga, tempat sampai mata keris itu penting dan atas dasar inilah , keris dicipta dengan bentuk yang pendek dan bermata tiga. Bila membunuh, sudah tidak ada sifat kesian lagi. Namun dikatakan, keris berluk itu membunuh dengan cepat dan kejam namun yang lurus itu membunuh dengan cepat dan ringkas (kurang kejam). Senjata yang benar-benar merbahaya adalah senjata yang tidak nampak oleh mata lawan. Adajuga dikalangan orang Melayu yang mengatakan, lagi kecil senjata itu, lagi susah nak nampak. Lagi susah nak nampak, lagi efektif senjata itu.

Keris bermata tiga kerana, datuk nenek moyang kita mengerti akan sifat orang yang diserang. Apabila seseorang diserang, maka, dua perkara boleh berlaku. Pertama, orang itu tak elak. Kedua orang itu akan elak. Apalah gunanya menyerang seandainya senjata yang digunakan tak kena. Di sini keris yang bermata tiga dicipta untuk fungsi menyerang dan bagaimana reaksi yang diserang itu, tetap dapat dilihat oleh mata keris. Elak ke kanan, dilihat mata keris di sebelah kanan. Elak ke kiri, dilihat mata keris di sebelah kiri. Tidak elak, maka dilihat mata keris juga. Akhirnya, datanglah falsafah, elak kena tak elak pun kena. Ditanya pula bagaimana seandainya seseorang itu berdiri agak jauh dari yang berkeris dan orang ini pula berpedang. Di sini penulis ingin terangkan lagi, memang benar falsafah datuk nenek moyang kita, elak kena tak elak kena. Apabila seseorang itu berpegang dengan Adab menyerang, iaitu petua-petua yang diwarisi mereka yang bermain keris, maka jarak tidak menjadi masalah untuk keris sampai. Keris keluar dari pakaiannya sendiri dan kalau disampaikan dengan petua, di mana kita hajatkan, akan tetap sampai matanya. Pelik, tapi benar. Bukan pakai sihir ataupun mantera. Hanya dengan “Bismillah hirrahman nirahhim” dan tawakal, ikut petua, sampailah ia. Dari segi masa, keluarnya keris itu lebih cepat dari keluarnya pedang. Penulis rasa tidak perlulah penulis cerita akan mengapa ianya begitu. Satu sarungnya panjang manakala satu lagi sarungnya pendek. Mungkin atas sebab itulah, Hang Tuah dapat tewaskan samurai Jepun pada satu ketika dahulu.
Mata keris keluar sendiri dari pakaiannya. Maka mulalah orang Melayu berkata, "ish, berhantu keris ini!" Sekali lagi penulis katakan, tiada sifat menggunakan hantu ataupun jin di dalam proses keris keluar sendiri. Ciptaannya sebegitu dengan pakaiannya supaya mempermudahkan gunanya. Maka ia pun keluar dari pakaiannya sendiri, mempermudahkan tugas panglima untuk membunuh mereka yang berniat jahat. Namun, keris Melayu lama ada isinya. Mengenai isinya, insya Allah, akan dibicarakan nanti.

Selama ini penulis menulis tentang sifat membunuh yang ada pada keris. Penulis memohon maaf, keris ini sejenis senjata Melayu. Fahamilah, senjata memang sifatnya untuk membunuh. Maka ngerilah bagi mereka yang mengenang tentang sifat membunuh ini. Berani bernyawa, maka berani mati. Orang Melayu mempunyai sifat berani. Alang-alang menyelup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Maka dibawanya keris kemana-mana bukan niat untuk membunuh, tapi mengerti, seandainya perlu, bila nyawa dipertaruhkan, maka tawakallah kita kepadaNya dan berkeris kita kerana setiap yang bernyawa akan menemukan mati. Mati itu adalah benar bagi yang bernyawa. Penulis tidak menulis hidup di sini kerana pada penulis, setiap sesuatu di dunia ini hidup bukan kerana degupan jantung, tetapi atas sebab lain, iaitu, “setiap sesuatu berzikir atas namaNya”.

Apakah sampai disini sahaja cerita matanya keris? Penulis hanya menulis fungsinya sahaja setakat ini. Ciptaannya pula lain ceritanya.
Cerita mengenai ciptaannya berpegang teguh kepada siapa empunya atau pandai besinya. Falsafah penciptaan keris itu berbeza antara empu Jawa dan pandai besinya orang Melayu. Kita berbicara tentang keris, maka berbicara kita juga tentang besi dan sedikit sebanyak berbicara juga kata orang, bapa besi itu, iaitu Nabi Daud. Bagi keris Melayu, ianya menampilkan perwatakkan keIslaman keris itu sendiri. Ianya dibawa hingga ke ciptaan bilah keris itu sendiri. Dikatakan keris Melayu ini dicipta oleh pandai besi yang alim. Dicipta dengan berzikir dan mengerti bahawa ciptaan keris ini ada kaitannya kepada tanah, air, api dan angin. Manusia bila dicipta, kita dicipta dari tanah dengan dilembutkan dengan air, lalu dibakar dengan api dan dihembuskan roh kedalam diri. Persamaannya amat ketara, maka Islamlah penciptaan keris Melayu bila dicipta dan dihembuskannya dengan zikir, “Setiap sesuatu berzikir atas namaNya”.
Indahnya keris dari segi ciptaannya dan juga fungsinya. Perlu pula dipakaikan dengan pakaiannya yang menunjukkan akan siapa empunya keris itu. Hulu dan sarungnya dilengkapkan dengan keris tersebut lantas dengan tidak secara langsung memberi identiti kepada etnik Melayu keris tersebut. Keseniaan Melayu begitu indah diutarakan dalam menyarung keris itu. Seumpama orang Melayu yang berpakaian indah dengan baju Melayu, samping dan destarnya. Keindahan pakaian keris itu juga memberi status kepada pemakainya. Bila diselit di bengkung dan dibawa keluar, maka orang yang lihat mengerti akan siapa pemakainya. Orang Melayu Bugis, Minangkabau, Patani dan sebagainya. Terlangsung juga bercerita tentang darjatnya. Bercerita tetapi tidak bersuara. Begitulah orang Melayu.
Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama.
Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, jawablah Allah swt “Aku di sini”.

Ahad, 9 Mei 2010

KATA – KATA HIKMAH

"Saya ada satu epal, anda ada satu epal, kita tukar epal itu. saya masih ada satu epal anda pun masih ada satu epal. saya ada satu ilmu,anda pun ada satu ilmu. kita tukar ilmu itu. sy ada dua ilmu, anda pun ada dua ilmu.." huhuu.. fikir-fikirkanlah

 
 

"Siapa Yang Tidak Ada Walaupun Sedikit Api Rindu Pada ALLAH, Maka Dia Sangat Rugi....."

 
 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

 
 

"Jika Allah cepat makbulkan doamu,Dia menyayangimu, Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mengujimu, Jika Allah tidak memakbulkan doamu, bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.."

 
 

"Jangan bersedih sebab takde kasut, sebab ada orang yang xde kaki..."

 
 

Pasted from <http://kerabusarek.blogspot.com/2009/07/belajar-ilmu-ikhlas.html>