Ahad, 27 Disember 2009

Beberapa Perkara penyebab Kesusahan dan Kemelaratan

June 5, 2007 by alivewire


ADA beberapa perkara yang menyebabkan kesusahan dan kemelaratan sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal-Harokah oleh Abu Abdillah Muhammad bin Abdurrahman Al-Habsyi. Iaitu sebagai berikut:

1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih.

2. Tidur (meniarap)

3. Menyapu rumah di waktu malam.

4. Menyapu dengan kain.

5. Tidak membersihkan rumah.

6. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

7. Membasuh tangan pada bekas tempat makan.

8. Duduk diatas tangga.

9. Bersandar pada salah satu daun pintu.

10. Berwudhuk di tempat buang air.

11. Menjahit baju yang sedang dipakai.

12. Mengeringkan muka dengan baju.

13. Berdiri sambil bercekak pinggang.

14. Tidur tanpa pakaian.

15. Makan dalam keadaan junub.

16. Cepat-cepat keluar dari Masjid sesudah solat Subuh.

17. Pagi-pagi pergi ke pasar; dan

18. Pulang terlambat dari pasar.

19. Mendoakan yang tidak baik bagi orang tua, anak atau pemimpin.

20. Tidak suka menutupi bekas.

21. Memadamkan lampu dengan nafas.

22. Membuang kutu dalam keadaan hidup.

23. Mencuci kaki dengan tangan kanan.

24. Kencing pada air yang bertakung.

25. Memakai seluar sambil berdiri.

26. Memakai serban sambil berdiri.

27. Mandi junub di tempat kencing atau najis.

28. Makan dengan dua jari.

29. Berjalan di antara kambing.

30. Berjalan di antara dua perempuan.

31. Berbekam pada hari ketujuh belas.

32. Terlalu banyak mempermainkan janggut.

33. Menghubungkan jeriji tangan di sekeliling lutut.

34. Meletakkan telapak tangan di hidung.

35. Memotong kuku dengan gigi.

36. Membuka aurat di muka matahari atau bulan.

37. Buang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat.

38. Menguap di waktu solat.

39. Berludah dalam jamban atau dalam abu (bakaran).

40. Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk atau bertongkat dagu.

Dan yang lebih besar dari yang tersebut di atas adalah:

41. Meremehkan solat.

42. Meremehkan apa-apa yang terjatuh pada hidangan.

43. Tidak membaca bismillah ketika makan.

44. Banyak makan dan banyak berdusta.

45. Memakai sandal (kasut) di dahului kiri sebelum yang kanan atau berlainan warna dan saiz.

46. Makan di atas pinggan yang terbalik atau bejana (bekas makanan dan minuman) yang retak atau kemek.

 
 

Pasted from <http://alivewire.wordpress.com/page/15/>

 
 

PILIH YANG PALING CANTIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang
paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Pasted from <http://mmczone.multiply.com/reviews/item/383/Pilih_yang_paling_cantik>

Isnin, 14 Disember 2009

ANGIN AHMAR

 
 

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

 
 

Lembaga itu menjawab, ia bernama " Rihul Ahmar". Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

 
 

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

 
 

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

 
 

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

 
 

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

 
 

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

 
 

Doanya seperti dibawah;

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

 
 

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .

 
 

Pasted from <http://sue100977.multiply.com/journal/item/11>

 
 

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

 
 

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri.

 
 

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.

 
 

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

 
 

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

 
 

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

 
 

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." sahut Abu Hanifah.

 
 

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-Dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu.

 
 

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!", jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

 
 

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

 
 

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

 
 

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

 
 

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

 
 

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

 
 

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

 
 

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

 
 

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam!!! Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.

 
 

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

 
 

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

 
 

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya. Dahri dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah.

 
 

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

 
 

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat, Mazhab Hanafi.

 
 


 

 
 

Khamis, 3 Disember 2009

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Selasa, 25 Ogos 2009


RENUNGAN BUATKU


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…


Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak

boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……


Kesimpulannya :

Katakanlah (Muhammad), "Milik siapakah apa yang di langit dan di bumi?" Katakanlah,"Milik Allah." Dia telah menetapkan (sifat) kasih sayang pada diriNya*, Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari Kiamat yang tidak diragu-ragukan lagi. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.


Dan milikNyalah segala apa yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Katakanlah (Muhammad), "Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia tidak memberi makan dan tidak memberi makan?" Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri(kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik."


Pasted from <http://megatpanjialam.multiply.com/journal/item/88/Renungan_buat_kalian>



Isnin, 6 Julai 2009

Paderi & Seorang Muslim

Artikel ini saya jumpa semasa melayari Internet…. Maafkan saya sekiranya mengambilnya tanpa izin…saya ingin siarkan bagi rujukan diri dan rakan – rakan…..


 

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah…

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

 
 

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?' Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.' Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!' Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

 
 

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

 
 

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

 
 

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

 
 

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

 
 

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yangdiazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

 
 

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara

daribatu?'

 
 

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

 
 

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

 
 

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca 'Bismillah…' dia berkata,

 
 

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

 
 

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

 
 

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

 
 

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

 
 

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

 
 

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

 
 

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

 
 

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

 
 

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

 
 

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

 
 

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

 
 

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

 
 

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

 
 

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

 
 

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

 
 

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.'Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98 )

 
 

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman,

'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

 
 

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

 
 

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al Anbiya':69).

 
 

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

 
 

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

 
 

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

 
 

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslimtersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi.

 
 

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?' Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut,namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!

 
 

' Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.' Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ' Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

 
 

 
 

 
 

Selasa, 23 Jun 2009

Ada empat tanda-tanda orang yang berakal:

 
 

1. Cinta pada ilmu,

 
 

2. Tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji,

 
 

3. Bagus jawapannya

 
 

4. Dan banyak benarnya -

 
 

Cendikiawan

 
 

 
 

Selasa, 9 Jun 2009

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan

dari melihat bangsaku dijajah

 
 

Tidak ada yang lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku dihina

 
 

Air mata tiada ertinya

sejarah silam tiada maknanya

sekiranya bangsa tercinta terpinggir

dipersenda dan dilupakan

 
 

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan

dan darjat bangsa

selangkah bererti mara

mengharung sejuta dugaan

 
 

Biarkan bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara

merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

 
 

Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemrdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi

keringat dan darah menuntutnya

 
 

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,

mengangguk dan membenarkan,

kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,

bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

 
 

Bukan kecil tugas kita

meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

 
 

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?

 
 

Bukankah mereka sudah mengembangkan

sayap, menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

 
 

Bukankah bangsaku pernah mengharung

samudera menjajah dunia yang tak dikenal

 
 

Bukankah mereka pernah menjadi

wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

 
 

Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?

 
 

Apakah angkara penjajah?

 
 

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

 
 

Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

 
 

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

 
 

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan belum tentu

menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

 
 

Perjuangan kita belum selesai

kerana hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda

bangsanya yang berjaya

 
 

Nukilan,

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mei 1996


 
 

Pasted from <http://paneh.blogspot.com/2009/05/mb-perak-gugurnya-yang-bathil.html>

 
 

Isnin, 4 Mei 2009

Wasiat Nabi Adam a.s.

 
 

Hati seseorang adalah petunjuk kepada suatu pekerjaan yang akan dilakukannya. Kerana itu sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakan. Kalau di rasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah. Sebaliknya kalau tidak, tinggalkanlah.

Menurut riwayat dalam kitab Syarah Al-Arba'in Al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang- orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah

 
 

Isnin, 20 April 2009

RENUNGKAN LAH

RENUNGKAN LAH

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.'Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.'Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKudan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrailas dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan duasayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglamalaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah danakhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkatadalam sujud:'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? 'Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamudapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadapimbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ..'Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulanRamadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalamsolat(yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. WallahualamKalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...



Accident











Eksiden pulok hari nie....dalam perjalanan ke Paka dari rumah, di KM 53 terlanggar kereta GEN2 TAN 7523...takpe la...dah takdir..tapi Alhamdulillah semua selamat...dalam kereta tersebut ada 2 orang kanak dan pemandu wanita yang merupakan guru tadika kanak - kanak tersebut...hmm tak tahu la salah saper, saya pun salah jugok...tapi dia ? Sikit punya hal sebenarnya...tapi kena jadikan teladan buat hambe..dan sape2 pun...
Hehe,, takpela yang penting takde sape yang cedera...Alhamdulillah sekali lagi... sape salah, sape betul...itu biarlah,..yang penting jadikan ini satu pengajaran... Wasalam

Ahad, 19 April 2009

Apa kata Dato’ Fadzillah Kamsah

JANUARI

· bercita-cita tinggi dan orangnya serius · suka mendidik dan dididik · sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik · rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan · suka smart, kemas dan teratur · bersifat sensitif , berfikiran mendalam · pandai mengambil hati org lain · pendiam kecuali telah dirangsang · agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi · mudah mendisiplinkan diri sendiri · badannya sihat tetapi mudah diserang selsema · bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya · cukup sayang pd kanak-kanak · suka duduk rumah · setia pada segala-galanya · perlu belajar kemahiran sosial · cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

· berfikiran abstrak · sukakan benda yang reality dan abstrak · inteligent, bijak dan genius · berpesonality yg mudah berubah · mudah menawan org lain · agak pendiam. Pemalu dan rendah diri · jujur dan setia pd segalanya · keras hati untuk mencapai matlamat · tidak suka dikongkong · mudah memberontak apabila dikongkong · suka kegiatan yg lasak · emosinya mudah terluka dan sgt sensitif · mudah mempamirkan marahnya · tidak suka benda yg remeh-temeh · suka berkawan tapi kurang mempamerkannya · sangat berani dan suka memberontak · bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya · pemerhatian yg tajam · suka hiburan dan sukan · suka benda yg bersifat seni · sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran · berkecenderungan pd benda yg tahyul · amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros · belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

· berpesonaliti yg menarik dan menawan · mudah didampingi · sgt pemalu dan pemendam rasa · sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati · sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran · suka pada kedamaian · sgt peka kepada orang lain · sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain · tidak cepat marah dan sangat amanah · tahu balas budi dan tahu kenang budi · pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam · kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal · suka berangan-angan · suka melancong · sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi · kelam kabut dalam memilih pasangan · suka dgn hiasan rumahtangga · punya bakat seni dalalm bidang muzik · kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik · jgn terlalu moody.

APRIL

· sgt aktif dan dinamik · cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal · sgt menarik dan pandai manjakan diri · punya daya mental yg sangat kuat · suka diberi perhatian · sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org · sgt berani dan tiada perasaan takut · suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah · emosi cepat terusik · try control the emotion · kecenderungan bersifat dendam · agresif, kelam kabut utk membuat keputusan · kuat daya ingatan · gerak hati yg sangat kuat · pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain · berpenyakit disekitar kepala dan dada · sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

· kekerasan hati & degil · kuat semangat & bermotivasi tinggi · pemikiran yg tajam · mudah marah apabila tidak dikawal · pandai menarik hati org lain & menarik perhatian · perasaan yg amat mendalam · cantik dr segi mental & fizikal · tidak perlu dimotivasikan · tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain · mudah dipujuk · bersikap sistematik (otak kiri) · suka berangan · kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu · bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit · daya khayalan yg tinggi · permikiran yg tajam · pandai berdebat · fizikal yg baik · kelemahan sistem pernafasan · suka sastera,seni & muzik serta melancong> · tidak berapa suka duduk dirumah · tidak boleh duduk diam · tidak punya ramai anak · rajin dan bersemangat tinggi · agak boros

JUN

· berfikiran jauh & berwawasan · mudah ditawan krn sikap baik · berperangai yg lemah lembut · mudah berubah sikap,perangaiidea @mood · idea yg terlalu banyak dikepala · bersikap sensitif · otaknya aktif (sentiasa berfikir) · sukar melakukan sesuatu dgn segera · bersikap suka menangguh-nangguh · bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik · cepat marah & cepat sejuk · suka bercakap & berdebat · suka buat lawak & bergurau · otaknya cerdas berangan-angan · mudah berkawan & pandai berkawan · org yg sangat tertib · pandai mempamerkan sikap · mudah kecil hati · mudah kena selsema · suka berkemas · cepat rasa bosan · sikap terlalu memilih & cerewet · kurang mempamerkan perasaan · lambat nak sembuh apabila terluka hati · suka kepada barang yang berjenama · mudah menjadi eksekutif · kedegilan yg tidak terkawal · sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

· Sangat seronok didamping · Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki · Agak pendiam kecuali diransang · Ada harga dan maruah diri · Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan · Mudah dipujuk dan bercakap lurus · Sangat menjaga hati orang lain · Sangat peramah · Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya · Berjiwa sentimental · jarang berdendam · mudah memaafkan tapi sukar melupakan · tidak suka benda remeh-temeh · membimbing cara fizikal dan mental · sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang · layanan yg serupa dgn semua orang · tinggi daya simpati · pemerhatian yg tajam · suka menilai org lain dgn pemerhatian · mudah dan rajin belajar · suka muhasabah diri · suka megenangkan peristiwa atau kawam lama · suka mendiamkan diri · suka duduk dirumah · suka tunggu kawan tapi tak cari kawan · tak agresif kecuali terpaksa · lemah dari segi kesihatan perut · mudah gemuk kawal tak kawal diet · minta disayangi · mudah terluka hati tapi lambat pulih · terlalu mengambil berat · rajin dalam membuat kerja

OGOS

· suka berlawak · mudah tertawan kepadanya · sopan santun dan caring terhadap org lain · berani dan tidak tahu takut · orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan · pandai pujuk org lain · terlalu pemurah & bersikap ego · nilai harga diri yg sangat tinggi · dahagakan pujian · semangat juang yg luar biasa · cepat marah & mudah mengamuk · mudah marah apabila cakapnya dilawan · sangat cemburu · daya pemerhatian yg tajam & teliti · cepat berfikir · fikiran yg berdikari · suka memimpin & dipimpin · sifat suka berangan · berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat · sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk · cepat apabila ditimpa penyakit · belajar utk relax · sikap kelam kabut · romantik ,pengasih,penyayang · suka mencari kawan

SEPTEMBER

· sangat bersopan santun & bertolak ansur · sangat cermat,teliti & teratur · suka menegur kesilapan org lain & mengkritik · pendiam tapi pandai bercakap · sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati · sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur · kerja yg dilakukansangat sempurna · sangat sensitif ygtidak diketahui · org yg banyak berfikir · daya pentaakulan yg baik · otak bijak & mudah belajar · suka mencari maklumat · kawal diri dari terlalu mengkritik · pandai mendorong diri sendiri · mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia · suka sukan,hiburan & melancong · kurang menunjukan perasaannya · terluka hatinya sangat lama disimpan · terlalu memilih pasangan · sukakan benda yg luas · bersistematik

OKTOBER

· suka sembang · suka org yg sayang padanya · suka ambil jln tengah · sangat menawan & sopan santun> · kecantikan luar & dalam · tidak pandai berbohong & berpura-pura · mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan · sentiasa berkawan · hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama · cepat marah · macam pentingkan diri sendiri · tidak menolong org kecuali diminta · suka melihatdari perspektifnya sendiri · tidak sukaterima pandangan orglain · emosi yg mudah terusik · suka berangan & pandaibercakap · emosi yg kelam kabut · daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) · suka melancong,bidang sastera & seni · pengasih ,penyayang & lemah lembut · romantik dlm percintaan · mudah terusik hati & cemburu · ambil berat tentang org lain · suka kegiatan luar · org yg adil · boros & mudah dipengaruhi persekitaran · mudah patah semangat

NOVEMBER

· banyak idea dalam perkara · sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya · berfikiran kehadapan · berfikiran unik dan bijak · penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa · pemikiran yg tajam · daya firasat yg sgt halus dan tinggi · bagus utk jadi doktor · cermat dan teliti · personality dinamik · sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia · banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra · berani, pemurah setia dan byk kesabaran · terlalu degil dan keras hati · apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya · tak suka marah kecuali digugat · mudah ambil berat terhadap orang lain · pandai muhasabah diri · cara berfikir lain dari org lain · otak yg sangat tajam · pandai mendorong diri sendiri · tidak hargai pujian · kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya · badan yg tough · kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam · romantik · tidak pasti dgn hubungan kasih sayang · suka duduk dirumah · sangat rajin dan berkemampuan tinggi · amanah, jujur setia dan pandai berahsia · tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi · bercita-cita tinggi · perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

· Sangat setia dan pemurah · Bersifat patriotik · Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan · Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa · Bercita-cita tinggi · Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi · Seronok didampingi · Suka bercampur dgn org · Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai · Sangat jujur amanah dan bertolak ansur · Tidak pandai berpura-pura · Cepat marah · Perangai yg berubah-ubah · Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi · Benci pada kongkongan · Suka berlawak · Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir

Januari

- Mudah jatuh cinta.

- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.

- Pandai mengambil hati pasangannya.

- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.

- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.

- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.

- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

——————————————————————

Febuari

- Sukar untuk jatuh cinta .

- Amat hormat kepada pasangan.

- Amat suka memikat pasangan.

- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya

- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .

- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.

- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

—————————————————-

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.

- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.

- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.

- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.

- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.

- Perasaan cemburu yang minima.

- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.

- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.

- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

—————————————————–

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.

- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.

- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.

- Sentiasa ingin diberi perhatian.

- Amat cemburu dalam perhubungan.

- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.

- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.

- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.

- Romantik dan terlalu romantik.

- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

———————————————————-

Mei

- Amat mudah jatuh cinta.

- Baik dan jujur dalam perhubungan.

- Pandai menarik hati pasangan.

- Perasaan cinta yang mendalam.

- Mudah untuk di pujuk.

- Mudah menerima cinta seseorang.

- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.

- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.

- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .

- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.

- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.

- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

———————————————-

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.

- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.

- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.

- Cerewet dalam hubungan.

- Selalu beremosi.

- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.

- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.

- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.

- Dahagakan pujian dari pasangan.

——————————————–

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.

- Sukar dimengerti oleh pasangan.

- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.

- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.

- Amat menghargai kesetiaan pasangan.

- Mengambil berat dan mengasihi pasangan

- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.

- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.

- Suka merajuk dan dipujuk.

- Setia terhadap pasangan.

- Suka mendengar dan tidak suka membantah.

- Cemburu terhadap pasangan.

- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

————————————————-

Ogos

- Pandai memujuk pasangan

- Suka memimpin pasangan.

- Romantik, Pengasih dan Penyayang.

- Kelam kabut dalam perhubungan.

- Sangat sensitif .

- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

————————————————–

September

- Bersopan dalam hubungan.

- bertolak ansur terhadap pasangan.

- Suka mengkritik pasangan.

- Sangat prihatin terhadap pasangan.

- Sangat sensitif dan emosi.

- Pandai memahami pasangan.

- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.

- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.

- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.

- Pandai menyimpan perasaan.

- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

——————————————————

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.

- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.

- Sopan terhadap pasangan.

- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.

- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.

- Emosi yang mudah terusik.

- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.

- Cemburu dan terlalu cemburu.

- Romantik

- Memahami pasangan.

———————————————-

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.

- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.

- Agak degil dan kuat pendirian.

- Mudah ambil berat terhadap pasangan.

- Emosi yang mendalam.

- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

—————————————————

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan

- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.

- Tergesa-gesa dalam perhubungan

- Suka didampingi oleh pasangan.

- Benci bila dikongkong.

- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)

- Suka mempengaruhi pasangan.




Jumaat, 17 April 2009

Semangat

Jikalau Ada kain Berkampuh,
Jangan Dipakai Kain Selerang,
Jika Tiada Angin Merempuh,
Takkanlah Bunga Tak Mau Kembang,
Kain Ini Kain Sutera,
Kalau Mandi Disesah Jangan,
Main Ini Main Berdua,
Kalau Mati Disesal Jangan

Khamis, 16 April 2009

Sedikit Pesanan

KISAH LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.” Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
 

ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?”
Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”
Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”
Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”
Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

Etika Pendekar

Langkah Sidang Budiman,
Nanti Ketika Makan Disenduk,
Jika Tiada Peluru Tentulah Tiada Yang Menghalang,
Bulu Roma Pun Tiada Gugur,
Jikalau Gugur Dunia Kiamat,
Ini Pesan Petua Guru