Selasa, 23 Jun 2009

Ada empat tanda-tanda orang yang berakal:

 
 

1. Cinta pada ilmu,

 
 

2. Tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji,

 
 

3. Bagus jawapannya

 
 

4. Dan banyak benarnya -

 
 

Cendikiawan

 
 

 
 

Selasa, 9 Jun 2009

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan

dari melihat bangsaku dijajah

 
 

Tidak ada yang lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku dihina

 
 

Air mata tiada ertinya

sejarah silam tiada maknanya

sekiranya bangsa tercinta terpinggir

dipersenda dan dilupakan

 
 

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan

dan darjat bangsa

selangkah bererti mara

mengharung sejuta dugaan

 
 

Biarkan bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara

merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

 
 

Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemrdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi

keringat dan darah menuntutnya

 
 

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,

mengangguk dan membenarkan,

kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,

bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

 
 

Bukan kecil tugas kita

meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

 
 

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?

 
 

Bukankah mereka sudah mengembangkan

sayap, menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

 
 

Bukankah bangsaku pernah mengharung

samudera menjajah dunia yang tak dikenal

 
 

Bukankah mereka pernah menjadi

wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

 
 

Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?

 
 

Apakah angkara penjajah?

 
 

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

 
 

Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

 
 

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

 
 

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan belum tentu

menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

 
 

Perjuangan kita belum selesai

kerana hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda

bangsanya yang berjaya

 
 

Nukilan,

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mei 1996


 
 

Pasted from <http://paneh.blogspot.com/2009/05/mb-perak-gugurnya-yang-bathil.html>